Ikan Tilapia Bakar - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Khamis, 21 November 2024

Ikan Tilapia Bakar

Bila setiap hari masak ni memang ketandusan idea jugak nak masak menu apa. Kita la masak, kita la cari idea nak masak apa. Kena fikir menu yang anak-anak berselera nak makan. Babahnya semua bedal. Hahaha. Cie masak tilapia bakar jela untuk dinner.

Ikan Tilapia Bakar

Biasanya tilapia ni kalau tak goreng kunyit je, buat goreng sos. Tu jela tukar-tukar. Malam ni masak ikan tilapia bakar lepas tu buat kicap bawang, cili dan tomato. Perah sikit limau. Memang sedap betul meratah ikan je.

Ikan tu gaul serbuk kunyit dan garam je lepas tu bakar jela sampai masak dalam oven. Malas nak guna periuk ajaib tu kena tunggu nak terbalikkan. Guna oven senang setting je masa.

Disebabkan ikan tilapia bakar tu kering, kena la masak menu berkuah juga. Cie masak telur mata goreng sos. Anak-anak sejenis makan nak berkuah. 

Ikan Tilapia Bakar

Ikan Tilapia Bakar

Sayur malas nak masak kita makan jela ulam timun dan salad. Senang kerja. Setiap hari masak memang akan licin terus takde balance apa pun. Baru la takde pembaziran. 

5 ulasan:

  1. Bakar dlm oven mmg cantik kejadian nya.. sedap tu makan dgn sambal kicap perah limau ..

    BalasPadam
  2. Sedap ni Cie, cukup dah segala nutrisinya 👍🏻

    BalasPadam
  3. Cantiknya kejadian ikan tilapia bakar tu.
    Saya pun kalau tak rajin masak sayur, sediakan ulam-ulam jew.

    BalasPadam