Sempena birthday yang ke 40 ni malas betul nak masak. Macam-macam isu kat tempat kerja tu yang rasa takde mood nak masak. Whatsapp husband suruh bungkus je nak makan apa-apa.
Sekali anak-anak request nak makan Marry Brown. Kemain ye request Marry Brown terus. Babah layankan jela. Ibu pun on je asalkan tak payah masak. Jadi la birthday dinner kat Marry Brown.
Lepas Maghrib terus keluar. Dah start masuk musim hujan ni. Seharian je mendung hari ni dan hujan pun turun dari pagi tadi. Tak lebat cuma macam renyai gitu je.
Anak-anak order nasi kandar, ibu try nasi epik tu, babah order set burger dan ayam epik. Ayam kari je epik tu. Nasinya pulak macam gaul nasi dengan kuah kari je. Ada acar, telur rebus dan papadom. Ayam tu ok la boleh telan. Nasi tu kena makan kuah kari nasi kandar baru rasa ok. Kalau tak jenuh jugak nak habiskan.
Dah order kena la makan. Gatai sangat nak try. Tapi boleh je telan cuma takkan repeat jela. Siap makan singgah kedai Eco kejap beli barang. Lepas tu terus balik.
Lama juga tak singgah Marry Brown.. Padahal dekat juga dengan rumah.
BalasPadamBaru plan nak ke MB try menu epik ni :)
BalasPadamKadang2 mood gitu mmg ade dtg..jadi la buat raso2 =D
BalasPadamLinda pun kalau ke MB, memang cari nasi kandar tu..
BalasPadamHappy birthday... sedap pulak nengok ayam MB tu
BalasPadamkak ana kalau ke MB suka makan set nasi kandar tu :)
BalasPadamMasak ada mood dia juga. Kadang2 mood ke laut. hehe. Happy Belated Birthday ya. Baru minggu lepas makan burger MB ni.
BalasPadamAkak jarnag layan MB..x tau kenapa x berapa suka...sesekali beli la ayam dia...ok la boleh makan..
BalasPadamOhh ada set nasi kandar di MB? Saya terakhir makan di sana tahun lalu, tak liat pula set nasi kandarnya. Saya suka MB Krn dia jual cheesy wedges macam KFC punya. Berhubung saya dah tak sentuh KFC, jadi beralih ke MB memang
BalasPadam