Hari ni sekolah KAFA adik Rania buat hari Daftar Kafa Sesi 2025. Seawal 9 pagi kami dah jalan kaki ke sekolah KAFA. Dekat je dari rumah seberang jalan je. Pendaftaran hari ni untuk bayaran yuran sekolah, ukur dan tempah baju rasmi uniform baru tahun 2025.
Bermula sesi persekolahan tahun 2025 nanti sekolah dah tukar baju rasmi baru. Takde dah pakai baju sekolah putih dan kain hijau tu. Membazir je baju masih elok lagi tu dah tak pakai. Terpaksa la let go bagi orang je dari membazir tak pakai. Sepanjang tahun 2024 ni memang pakai baju sukan je pergi KAFA.
Yuran Daftar Kafa Sesi 2025 pun dah naik agak mahal jugak la. Lagipun adik Rania UPKK tahun 2025 memang kena bayar yuran tambahan untuk kelas-kelas yang akan diadakan. Sekolah KAFA adik Rania ni pulak sekolah KAFA terbaik untuk UPKK 2023 masa kakak Raisha dulu so memang kelas UPKK banyak la tahun 2025 nanti.
Untuk yuran pendaftaran awal RM60 dah bayar masa daftar untuk booking tempat tu. So tadi jumlah semua yuran RM599 tapi pihak sekolah bagi untuk ibu bapa bayar secara ansuran. Banyak juga tu kalau nak bayar sedebuk. Pihak KAFA kata boleh bayar sebelum 31 Januari 2025. Sempat la 3 kali gaji lagi untuk settle semua bayaran.
Bermula tahun 2025 juga yuran sekolah KAFA adik Rania dah jadi RM110 sebulan. RM50 untuk yuran bulanan KAFA dan RM60 untuk kelas tambahan UPKK. Mujur la sorang je adik Rania sekolah KAFA. Kalau ramai jenuh jugak. Sekarang yuran bulanan RM50 je. Sebelum ni RM30. Sejak tahun lepas kalau tak silap dah dinaikkan.
Tapi terpulang atas kita nak hantar KAFA mana. KAFA sekolah pun ada mungkin yuran lagi murah. Tapi kedua-dua anak Cie memang hantar KAFA luar dekat je dengan rumah. Memang full kelas dari Isnin hingga Jumaat bermula 2.30 petang hingga 5.30 petang. Kalau KAFA sekolah seminggu 3 kali je Isnin, Selasa dan Khamis. Masa pun dalam pukul 2.30 hingga 4.30 petang je.
So terisi lah masa anak-anak dengan kelas KAFA. Duk rumah bukan buat apa pun. Tahun 5 je dah last. Nanti Tahun 6 tak perlu pergi KAFA dah boleh duduk rumah je. Kakak Raisha taknak dah KAFA bila masuk Tahun 6 katanya penat dah masa UPKK all out lagipun darjah 6 takde belajar sangat dah KAFA.
Takpela kita nak sediakan ilmu untuk anak-anak kena la berkorban dari segi wang ringgit. Kita nak ajar sendiri memang takdela kan. Selesai urusan Daftar Kafa Sesi 2025.
Teringat emak bapa kita waktu anak-anak sekolah dulu. Banyak sangat pengorbanan dari segi wang ringgit untuk pembelajaran anak-anak. Tak pernah dengar mereka mengeluh walaupun sebenarnya kena catu segala perbelanjaan.
BalasPadamDulu2 sek kampung takde banyak belanja pun. KAFA pun masa tu takde cuma kelas fardu ain sebelah petang ada mengaji saja. Tak bayar pun free je. Yuran sek pun murah je.
Padambiasa dengar sekolah kafa punya seragam yg baju putih kain hijau tu je. sekarang dah ada seragam khas ye. kesian ibu bapa banyak pulak nak kena bayar
BalasPadamSAR KAFA ni memang sekolah luar bergantung kepada pengurusan SAR tu. Dorg decide tahun ni nak buat baju rasmi. Walaupun ada juga bantahan dari ibu bapa.
PadamOh KAFA dah ada uniform sendiri ye?
BalasPadamSeram pulak dah hujung² tahun ni, nak kena persiapkan kewangan utk anak² sekolah & puasa raya, which is back to back. Apapun semoga Allah permudahkan bg kita semua terutamanya bg anak² nak menuntut ilmu 🤲🏻
SAR KAFA luar ni bukan under sekolah. Memang seram segala yuran naik ni.
Padam