Pagi tadi lepas Daftar Kafa Sesi 2025 adik Rania, bosan takde aktiviti nak buat. Babahnya ke kebun. Terus Cie ajak anak-anak pergi library. Kat library ada wifi tapi hari ni macam slow je. Sempat tadi update 2 entry je terus ajak anak-anak balik.
Sebelum balik singgah tempah cop baru. Bermula 1 Disember 2024 nanti gred perjawatan kerajaan dah baru. Tu yang kena tukar cop terus siap-siap. Nasib baik boleh tempah getah tu je. Body cop tu masih baru. Murah je dalam RM8-9 je untuk getah tu.
Kedai cop tu pulak berdekatan dengan 7E cafe. Anak-anak request nak beli makanan. Ibu pun ok jela layankan anak-anak. Ibu join la sekali membeli kat 7E Cafe tu.
Ibu nak pekena Ice Latte. Best Ice Late 7E Cafe ni dah la murah. RM4.90 je 1 cup tu. Lepas tu ibu nak try muffic chocolate tu nampak menyelerakan. Memang betul-betul sedap. Patut la ada yang kata muffin 7E Cafe sedap.
Anak-anak pulak beli sosej. Ibu suruh try popcorn chicken sekali. Sedap juga ada cheese sauce. Cukup la alas perut sebelum nak lunch nanti.
Rambang mata kalau masuk 7E Cafe ni. Kalau boleh semua nak. Seronok pilih-pilih kad nak order apa lepas tu bagi kat cashier. Makanan lain ready made pun banyak tinggal nak ambil je.
Untuk hari ni tadi cakap kat anak-anak limit RM19 je ibu ada cash banyak tu je. Terlebih pulak RM19.40. Ibu swipe kad jela. Lupa pulak ada je syiling dalam beg. Takpela nanti kalau guna semua cash dah takde nak standby.
Settle beli makanan kat 7E Cafe terus balik rumah. Banyak lagi kerjaan hujung minggu nak kena buat ni. Nak kena iron baju kerja minggu depan.
sekarang 7E dah seronok sikit bila ada 7E cafe ni. harap pasni boleh masuk burger mcm kat 7E thailand pulak hehe
BalasPadam