Menu Dinner Pasar Malam - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, December 6, 2024

Menu Dinner Pasar Malam

Masa tengah kerja tadi kakak Raisha tanya nak keluarkan ayam tak dia nak thaw. Cie kata biar la dulu nanti ibu fikir nak masak ke tak. Fikir punya fikir malas la masak. Beli menu dinner pasar malam jela.

Petang Jumaat ada pasar malam kat Bandar Lama Kuala Lipis. Selalunya memang beli makanan kat pasar malam jela bila tiba mood malas masak tu. Kalau jemu menu dinner pasar malam baru la Cie masak je.

Menu Dinner Pasar Malam

Kadang-kadang jemu sebab menu sama je kat pasar malam tu. Kalau tak beli yong tau fu, beli mi goreng. Untuk menu dinner malam ni beli mi goreng dan rangka ayam. Kalau beli mi goreng mesti beli rangka ayam sekali.

Adik Rania nak air mangga. Beli la yang kecil untuk dia. Mula dia kata taknak apa-apa sebab dia request nak ais krim 7E. Rupanya dia nak jugak air tu. 

Menu Dinner Pasar Malam

Kat pasar malam ni ada juga gerai jualan kuih pelbagai jenis. Husband selalu la beli kuih muih kat sini. Macam-macam jenis kuih dia jual.

Menu Dinner Pasar Malam

Keropok ni pun legend dah generasi yang ke berapa dah jual tu. Teringat masa sekolah menengah pakcik dan makcik tu jual. Sekarang ni anak dan cucu dia dah jual keropok tu. Keropok dan sos dia memang sedap.

Menu Dinner Pasar Malam

Mi kuali ni ada pelbagai jenis juga selain dari mi goreng. Ada nasi goreng dan kuetiau goreng juga. Cili jeruk pun ada.

Menu Dinner Pasar Malam

Dah siap membeli menu dinner pasar malam, kita terjah 7E cafe pulak melayankan permintaan adik Rania nak ais krim. Favourite dia la tu ais krim mangga cafe 7E. Balik KAFA terus keluar rumah tadi baju pun tak tukar lagi.

Menu Dinner Pasar Malam

Ibu pun tumpang la sekali beli Ice Caramel Latte. Dah la sedap lepas tu murah tu yang Cie suka beli. Kadang-kadang beli Ice Latte. Kat Facebook netizen duk bertelagah pasal takde gula dalam kopi. Ikut masing-masing la nak minum letak gula ke tak. Susu pun ada gula. Raikan jela orang nak minum macam mana pun haihhh.

Menu Dinner Pasar Malam

Lepas maghrib tadi terus la dinner. Makan mi goreng, rangka ayam. Keropok tadi habis makan dalam kereta je. Kuih tu pulak husband je makan.

Menu Dinner Pasar Malam

Menu Dinner Pasar Malam

Menu Dinner Pasar Malam

Kemain seksi rangka ayam ni. Aummmmm

5 comments:

  1. Favorite Akk juga mi/bihun/nasi goreng kuali besar tu...
    Rangka ayam tu menggoda ahak :,D

    ReplyDelete
  2. Kalau makanan yg dijual sejak dri turun temurun ni mmng selalunya sedap, kt pasar malam rumah saya pun ada roti bom yg kami suka beli dri zaman kecik2 dulu. Walaupun yg buat skrg ni anak dia, tpi rasanya tetap tak jauh beza mcm dulu2.

    Alaa tengok aiskrim 7E tu teringin pulakkk

    ReplyDelete
  3. Ya Allah trlapar langsung saya lihatnya 😄😄😍. Itulah yg saya suka dari pasar malam. Banyak makanan menarik 😍😍👍. Bisa kalap nak beli 🤭

    ReplyDelete
  4. Akak suka mee kawah pasar malam...dapnyaaa

    ReplyDelete
  5. Lama tak pergi pasar malam. Keropok tu sedapnya....

    ReplyDelete