Cuti sekolah dah bermula hari ni. Plan dah dengan anak-anak time cuti sekolah nak pergi jalan-jalan KL dan ibu nak shopping. Tanya anak-anak nak pergi 28 Disember atau hari ni. Jawapan anak-anak nak pergi hari ni. Katanya 28 Disember tu lambat lagi nanti tak jadi.
Cie pun cakap kat husband semalam, hari ni nak pergi KL. Husband layankan je 3 perempuan dalam rumah tu jadi permaisuri. Hahaha. Dia sorang je takde geng.
So pagi ni bersiap la kami. Nak gerak awal pagi boleh dapat banyak tempat nak pergi. Macam-macam plan nak ke sana sini tapi entahla ni kang mana yang sempat.
Singgah sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan. Tanya anak-anak nak makan apa taktau. Ibu jela buat keputusan. Ibu ajak try kedai nasi lemak tepi jalan tu. Hari-hari lalu pergi kerja tengok ramai orang makan dalam hati mesti sedap ni.
Ibu dan kakak Raisha makan nasi lemak telur mata, adik Rania makan nasi lemak telur rebus dan babah nasi goreng telur mata.
Apa yang Cie boleh komen kureng sikit la nasi lemak kat sini. Sambal masin. Tu la kan tekak orang tak sama tekak kita. Kita rasa tak sedap, mungkin bagi orang lain sedap.
Kedai pun agak kotor juga la. Cie lap meja dengan tisu sebab ada habuk. Sekali ambik nak hitam pada tisu tu. Tukar meja pun sama je cuma ok la sikit. Sudu garfu pun kotor kena cuci dulu sebelum guna. Bekas sudu pun alahai dah buruk sangat dah.
Kiranya last la makan situ. Nak try je bila dah tau macam tu takdela nak datang lagi. Bukan la nak jatuhkan bisnes orang. Tapi kalau kita berniaga makanan semua kena bersih. Kalau kotor ni macam-macam bakteria boleh membiak.
Kursus Pengendali Makanan dan suntikan thypoid wajib ada. Masa kursus pun kita ada belajar tentang penyediaan makanan. Cie ni sejak sekolah form 4 lagi masuk dalam bidang Katering. Habis SPM masuk Poli pulak bidang Pengurusan Hotel dan Katering.
Masa praktikal kat hotel pun mengadap dunia makanan. Lepas grad kerja Assistant Restaurant Manager KFC. Resign KFC, masuk kerja kerajaan bahagian penyediaan makanan juga.
So memang fussy sikit bab kedai-kedai makan dan makanan ni. Husband tau sangat dah peel wife dia ni. Hihi. Sebab tu kalau nak makan mana-mana jarang dia suggest tempat.
Bila kita ada pengalaman berkaitan makanan memang kita akan fussy bab makanan. Bukan tu je Cie pernah kerja part time kat SDS Cake, Bakery and Cafe kat Masai Johor. Bab kebersihan makanan memang tak boleh ambil mudah.
Begitulah kan. Panjang cerita dari nak cerita tentang kedai makan je dah melarat sampai pengalaman pulak. Hihi.
adududu spoil la makan di kedai tak menitikberatkan aspek kebersihan ni
ReplyDeleteBetul kalau meja kedai hitam bila kita lap, rasa nak cabut je. Macamana ya diorang tak penting kan kebersihan.
ReplyDeleteOh, Cie pernah kerja SDS Masai ke. Kita boleh rasa, Cie mesti menyesal masuk kedai tu kan. Nak patah balik, serba salah jugak tu, jadi makan ajelah dengan penuh rasa yg bercampur baur.
ReplyDeleteaduhai..x bersih plak...mcm mana diornag meniaga tu erk..
ReplyDelete