Lunch Josi dan TeaLive - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, January 28, 2025

Lunch Josi dan TeaLive

Semalam kami 3 beranak ke Perpustakaan Awam sekali sampai depan pintu tengok close. Rupanya hari Ahad, Isnin dan Cuti Umum mereka tutup. Tak perasan pulak selama ni datang hari Sabtu. Maka nya balik la kami dengan hampa. Tu yang duk mengemas bilik je semalam.

Hari ni Selasa Perpustakaan Awam dah buka jadinya kami 3 beranak bersiap la nak ke situ. Adik Rania nak buat Nilam. Cuti sekolah pun Nilam on juga sebab sekarang dah mudah masukkan online je dalam Ains Nilam. Lepas baca buku boleh terus masukkan dalam Ains Nilam tu untuk kumpul point.

Ibu pun boleh la mengadap laptop dan guna wifi kat situ. Sambil tunggu anak kita gunakan la masa yang ada. Cuma tak lama la kat situ sejam lebih je. Kat bahagian atas tu plug tak function semuanya. Jadi tak boleh nak charge laptop. Dari rumah bateri full tapi bila dah guna bertahan sejam lebih jela.

Sempat la ibu menaip 3 entry blog tadi. Nak schedule siap-siap senang la sikit nanti. Setiap bulan plan nak tulis lebih 30 entry. Selalunya guna hp ni terbatas sikit nak menaip. Kalau kat rumah nak guna laptop kena pakai hotspot. Rumah takde wifi.

Pukul 11 lebih keluar dari Perpustakaan Awam terus singgah Josi Donut beli laksa sarang untuk Cie dan kerabu maggi untuk anak-anak. Lepas tu klik order Tealive pulak untuk Cie Hazelnut Latte dan anak-anak Bang Bang Milk Tea kegemaran mereka la tu.

Lunch Josi dan TeaLive

Lunch Josi dan TeaLive

Maka nya lunch Josi dan Tealive jela hari ni. Nak masak pun dah malas tadi. Lepas balik dari membeli lunch Josi dan TeaLive terus singgah dobi nak dryer cadar dan comforter. Musim hujan ni tak kering nak sidai.

5 comments:

  1. Arr betul ujan je skrgg
    Kena mendobiii la nmpknya

    ReplyDelete
  2. kami pun dah lama x ke perpustakaan...

    ReplyDelete
  3. Kadang tu, tak puas kalau baju kering pun.. Sebab sejuk aje baju nya.. Kikiki.. Musim2 gini, terus semangat berkobar2 nak beli dryer balik.. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Tiap dua hari ke kedai dobi, keringkan baju. Best hujan, sejuk je.

    ReplyDelete
  5. Cuya kalau dah nak hujan, baju dekat ampaian luar ampai pula dalam rumah. Rumah takde dryer, harapkan panas matahari je

    ReplyDelete