Pukul 12pm tadi dah buat Semakan Keputusan Tingkatan 1 MRSM 2025 dan dukacitanya Permohonan MRSM 2025 Tidak Berjaya. Takpela takde rezeki kakak Raisha. Kakak Raisha gembira je sebab dia memang taknak. Takde reaksi kecewa langsung balik sekolah tadi ibu bagitau kakak tak dapat.

Permohonan MRSM 2025 Tidak Berjaya

Kakak Raisha kata kelas sebelah ada sorang je dapat budak perempuan. Budak tu duduk asrama. So cikgu pinjamkan handphone untuk buat semakan keputusan tu yang mereka tau. Kawan kelas kakak Raisha semua tak dapat yang dah check tadi.

Kalau ikutkan kakak Raisha ni Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). Nak masuk sekolah tu kena melalui ujian kemasukan masa darjah 3. Kawan kelas kakak Raisha semuanya pandai-pandai. Semuanya takde rezeki dapat tawaran kemasukan ke MRSM Tahun 2025.

Kelas tahun 6 ada 2 kelas je kat SISP tu. Memang tak ramai tak sampai 50 orang pelajar pun dan majoriti tak dapat tawaran. Kawan-kawan kelas kakak mostly parents kerja kerajaan. Yang kerja sendiri tak ramai pun.

Bila baca Harian Metro online rupanya ada kuota 60% untuk B40, miskin bandar dan luar bandar. So memang susah la nak dapat. Seramai 21,000 pelajar lulus ujian hanya dalam 8000 lebih sahaja yang ditawarkan kemasukan ke MRSM.



No wonder la ramai tak dapat tawaran. Takpela ada hikmah semuanya ni. Takdela kakak Raisha kena paksa duk asrama. Kalau dapat tawaran mesti la kena terima kan sedangkan masa ibu tanya dia cakap dah taknak.

Cuma tunggu keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pulak. Tu pun tipis juga peluang nak dapat kalau ada kuota. Tak kesah la sekolah mana-mana pun kan asalkan anak-anak belajar dengan bersungguh-sungguh.

Nanti tingkatan 3 kita cuba lagi untuk kemasukkan ke tingkatan 4 MRSM. Cuba je dapat ke tak dapat ke aturan Allah dah tu. 

Start masuk tingkatan 1 ni kena ketatkan sikit waktu belajar kakak Raisha. Dah tak boleh main-main dah. Kalau ada tuisyen kena hantar masuk tuisyen jugak. Sekarang dah takde PMR kan so tak boleh la nak ambil mudah tentang pelajaran.

Tahniah buat anak-anak yang berjaya ditawarkan kemasukan ke MRSM tahun 2025. Antara insan terpilih yang Allah bagi peluang untuk masuk ke MRSM. Jangan siakan peluang yang diberi. Semoga terus berjaya buat anak-anak semua.