Selamat Tahun Baru 2025
366 hari 2024 berlalu dengan begitu pantas. Datang pulak 365 hari lagi tahun baru 2025. Macam-macam dilalui sepanjang 2024. Suka duka tawa tangis semua bersatu sebati. Lumrah kehidupan la tu kan.
Kejayaan paling berjaya dikecapi adalah menambah listing hutang piutang selama 9 tahun dengan memiliki new car. Hahahah. Saja cari penyakit kan menambah hutang.
Tahun 2024 memilih untuk tenang-tenang diusia 40 tahun. Belum banyak pencapaian yang berjaya dicapai lagi. Masih jauh perjalanan hidup jika dipanjangkan usia.
Tahun 2024 juga Cie kurang dah posting di Facebook. Kalau dulu pergi mana-mana pun memang update dalam social media. Banyak posting di Instagram dan blog je dah.
Tu la kan kita sentiasa boleh berubah. Kejap begitu dan kejap begini. Manusia mudah berubah-ubah kan. Tahun ni entahla macam mana pulak.
Masa lalu penuh dengan liku-liku. Masa depan penuh dengan impian. Harapan tahun baru merupakan langkah untuk menyambut masa depan yang penuh KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN.
Jangan sesali masa dahulu, Jangan risaukan masa hadapan, Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim!!
"Semoga diberi kesihatan yang baik, usia yang panjang, kebahagiaan rumahtangga berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, kejayaan buat anak-anak."
"Semoga tahun 2025 ni lebih banyak kejayaan dan kenangan manis yang dikecapi."
"Semoga dapat turunkan 5kg berat, more healthy tahun 2025"
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Goodbye 2024 full of sweet sour memories
I’M READYYYY!!!! 2025
selamat tahun baru cie...
ReplyDeleteSelamat tahun baru Cie...amiin2 utk doanya..semoga kita berjaya utk segala impian, harapan & azam di tahun 2025...
ReplyDeleteselamat tahun baru buat Cie ;)
ReplyDeleteHappy New Year! Aamin doanya! Semoga yang baik baik saja buat kita dalam kehidupan yg sedia ada ni.. Aaamin!
ReplyDelete