Kalendar 2025

12/31/2024 09:48:00 PTG
Tahun ni meriah sikit dapat banyak kalendar 2025. Cie dapat lebih kurang 7 rasanya. Supplier susu dan sales rep susu yang bagi.

Kalendar 2025

Biasanya nanti dah masuk tahun baru 2025 pun ada je akan dapat lagi kalendar. Memang syok la bila dapat banyak kalendar.

Jabatan Cie luas dan ada banyak kawasan so setiap kawasan tu letak 1 kalendar. Memang habis je kalendar yang supplier bagi tu. Tu pun ada kawasan yang tak cukup dah nak letak.

Masa buat bisnes Shaklee dulu Cie ada jugak tempah kalendar sendiri nak bagi kat customer dan team. Sekarang dah tak buat dah. 

Terima kalendar orang bagi je. Kat kalendar ni Cie selalu tulis date meeting, date kursus atau apa-apa date yang penting la. Mostly date untuk kerja la. Senang setiap hari tengok kalendar boleh nampak dah hari tu ada meeting atau program apa.

Tu yang suka kalendar besar dan pada ruangan date tu ada ruang kosong muat la nak tulis apa-apa.

Kalendar 2025


3 ulasan:

  1. Cuya kemain susahlah nak dapat kalendar... ni pon dapat ehsan daripada nenek sedara , sebab Cuya minta.. kekeke

    BalasPadam
  2. Cantiknya kalendar yang ada gambar panorama alam tu. Dua dalam satu - tengok tarikh dan jadi penghias meja.

    BalasPadam
  3. Senang ada kalendar di mana² kan, mudah nak rujuk & plan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.