Majlis Perpisahan, Sambutan Staf Baharu dan Hari Lahir Julai - Disember 2026

Pada 8 Oktober yang lepas jabatan Cie sekali lagi menganjurkan majlis perpisahan untuk staf yang bertukar ke Hospital Jerantut. Dah alang-alang tu terus la buat jamuan menyambut staf baru dan majlis sambutan birthday Julai hingga Disember 2026.



Kali ni menu bos Cie yang pilih. Dia nak nasi arab. Kami order je nasi arab RM13 untuk sekepala. Makanan lain ada juga kuih muih, kek birthday Secret Recipe dan Bakers Cottage, popia carbonara, cocktail dan air lemon asam boi. 

Nasi Arab 





Kuih Muih, Cocktail dan Kek Birthday






Salah ni sepatutnya Julai - Disember. Kami sambut birthday 6 bulan terus. 

Macam biasa la ada ucapan staf baru, ucapan yang nak bertukar. Sesi bergambar pun ada. Kali ni kami belikan hadiah oven untuk staf yang bertukar tu. 


Cie bagi hadiah juga untuk staf Cie ni. Dia  bagi Cie hadiah perfume, anak-anak dah ambil dulu dah. Cie bagi glass cup, inai, tudung, fridge magnet dan kebetulan baru redeem plushie 7E tu terus tanya dia nak tak dia cakap nak. 



Staf yang nak bertukar ni jawatan Pembantu Penyediaan Makanan dah berkhidmat selama 8 tahun kat jabatan Cie. Tukar ke Jerantut tu kira mengikut suami la, suaminya di Jerantut. 


Kebetulan staf yang baru masuk ni kontrak interim pun dari Jerantut, suaminya duduk di Jerantut. Tapi sebab staf baru kena la masuk ke Lipis, staf dari Lipis dah lama mintak ke Jerantut. 

Selamat dah melapor diri staf baru pada 1 Oktober yang lepas dan staf yang bertukar ke Jerantut tu lapor diri pada 14 Oktober di Jerantut. 

Lumrah dah tu staf silih berganti ni. Cie jela yang mereput je di Lipis ni sampai pencen la agaknya kalau dipanjangkan umur. 

Jamuan kali ni pun tak semua ada. 4 orang cuti, 2 orang je dapat join. Ada yang kerja tapi waktu bergambar ghaib. Yang lelaki la selalu gitu. Kalau perempuan dari mula majlis sampai habis majlis stay je. Walaupun bukan majlis formal apa la salahnya duduk je sampai selesai. Gitulah nak control ramai-ramai susah juga asalkan yang nak diraikan tu ada cukup la. 


Catat Ulasan

0 Ulasan