Majlis Perpisahan, Sambutan Staf Baharu dan Hari Lahir Julai - Disember 2026

Pada 8 Oktober yang lepas jabatan Cie sekali lagi menganjurkan majlis perpisahan untuk staf yang bertukar ke Hospital Jerantut. Dah alang-alang tu terus la buat jamuan menyambut staf baru dan majlis sambutan birthday Julai hingga Disember 2026.



Kali ni menu bos Cie yang pilih. Dia nak nasi arab. Kami order je nasi arab RM13 untuk sekepala. Makanan lain ada juga kuih muih, kek birthday Secret Recipe dan Bakers Cottage, popia carbonara, cocktail dan air lemon asam boi. 

Nasi Arab 





Kuih Muih, Cocktail dan Kek Birthday






Salah ni sepatutnya Julai - Disember. Kami sambut birthday 6 bulan terus. 

Macam biasa la ada ucapan staf baru, ucapan yang nak bertukar. Sesi bergambar pun ada. Kali ni kami belikan hadiah oven untuk staf yang bertukar tu. 


Cie bagi hadiah juga untuk staf Cie ni. Dia  bagi Cie hadiah perfume, anak-anak dah ambil dulu dah. Cie bagi glass cup, inai, tudung, fridge magnet dan kebetulan baru redeem plushie 7E tu terus tanya dia nak tak dia cakap nak. 



Staf yang nak bertukar ni jawatan Pembantu Penyediaan Makanan dah berkhidmat selama 8 tahun kat jabatan Cie. Tukar ke Jerantut tu kira mengikut suami la, suaminya di Jerantut. 


Kebetulan staf yang baru masuk ni kontrak interim pun dari Jerantut, suaminya duduk di Jerantut. Tapi sebab staf baru kena la masuk ke Lipis, staf dari Lipis dah lama mintak ke Jerantut. 

Selamat dah melapor diri staf baru pada 1 Oktober yang lepas dan staf yang bertukar ke Jerantut tu lapor diri pada 14 Oktober di Jerantut. 

Lumrah dah tu staf silih berganti ni. Cie jela yang mereput je di Lipis ni sampai pencen la agaknya kalau dipanjangkan umur. 

Jamuan kali ni pun tak semua ada. 4 orang cuti, 2 orang je dapat join. Ada yang kerja tapi waktu bergambar ghaib. Yang lelaki la selalu gitu. Kalau perempuan dari mula majlis sampai habis majlis stay je. Walaupun bukan majlis formal apa la salahnya duduk je sampai selesai. Gitulah nak control ramai-ramai susah juga asalkan yang nak diraikan tu ada cukup la. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Meraikan orang pun satu bentuk Sedekah kerana membahagiakan orang lain. Semoga semua pihak yang diraikan akan terus berjaya dlm lapangan masing². Anyway, banyaknya makanan, semua nampak sedap pulak tu 💜

    BalasPadam
  2. Meriah betul menunya. Kuih koci tu mesti sedap.

    BalasPadam
  3. Igtkan dieorg pakai uniform jururawat, bila tengok gambar last tu rupa2nya uniform chef. Meriahnya makanan utk triple celebration ni ye.

    BalasPadam
  4. tuuuu diaaaa menu semuanya sedapppppp belakaaaa
    nasi arab tu tak habis boleh tapau kan?
    hahahaha mcm sy laa pulak staf kt situ

    BalasPadam
  5. Sedapnya menu tu semua...berbesar hati mereka yang diraikan..

    BalasPadam
  6. wahh meriahnyer uools.sambut majlis, hehe

    BalasPadam
  7. sedapnya nasi arab tu! best bila ada event mkn2 gini dan boleh bg hadiah tanda ingatan jugak

    BalasPadam
  8. biasanya saya baca blog kakak pakai hp.. kali ini pakai laptop jadi gambar nampak besar dan lebih jelas :D.. langsung drooling sangat liat aneka menu yang dipesan :) . sedap2 nampaknya kak..

    semoga dimudahkan untuk semua staff yang pindah dan baru masuk... itulaah kan, kadang memang adaa saja staff yang begitu, pas ada acara, dia cuma nampakkan muka sejenak, trus hhilang ;p

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, seronok dirai dgn teman sekerja.
    sejak jadi fulltime housewife, kek pun beli sendiri. muehehe~

    BalasPadam
  10. Sesekali nasi arab sedap tu.
    Mehh pass sini plushie 7E tu 😁

    BalasPadam
  11. meriahnya menu. terliur tengok kuih2 tu hhehe
    semoga staff yg diraikan tu berjaya di tempat baru

    BalasPadam
  12. Meriah majlisnya.. Menarik juga buat menu nasi arab..
    Begitulah bertukar ganti staf kan..

    BalasPadam
  13. Meriah betul majlis kali ni, siap gabung tiga acara sekali..Majlis perpisahan, sambut staf baru dan birthday ..

    BalasPadam
  14. Geng lelaki biasa la tu, Setel ambil makanan, diorang pun selesai juga.. hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.