Sebelum sampai ke homestay di Taman Seri Setia Pekan kami singgah makan dulu di Selera Giant Pekan Pahang. Main singgah je ni bila nampak kat tepi jalan. Sedap tak sedap belakang cerita. Kita bukan tau pun kan. Main redah je.
Kedai luas juga ada pelbagai jenis menu. Kami duduk je terus pelayan bawa menu dan ambil order. Masa tu dah pukul 10 malam kurang dah pelanggan kat kedai. Ada la beberapa meja lagi masih ada pelanggan.
Service agak laju juga la. Tak sampai 5 minit selepas ambil order air pun sampai dan tak sampai 10 minit makanan pulak sampai. Takdela kita menunggu lama. Bagus service macam ni.
Cie order mi goreng mamak dan air asam boi. Suami order nasi goreng ikan masin, telur dadar, sambal belacan, air lemon suam. Kakak Raisha order nasi goreng seafood dan air teh o ais. Adik Rania order laici ais dan kongsi je makan nasi goreng seafood dengan kakak Raisha.
Total semua RM31. Ok la harga macam tu dan rasanya juga sedap. Boleh singgah makan lagi kalau ke Pekan Bandar Diraja lagi.
sgt ok regenya tu!
ReplyDeleteSuka kedai yg service cepat ni. Nak² pukul 10 dah, mesti lapar dah tu...
ReplyDeleteHarga pun alhamdulillah murah ye 👍🏻
Lama pulak tak balik Pekan.
ReplyDeleteOk sgt la tu kalau RM31 untuk semua tu...
ReplyDeleteharga yg amat berpatutan! Di Kelate pun x jumpa tempat yg semurah ni. Yummy....
ReplyDeleteMurah tu, service pun cepat. Suka kedai yang servicenya cepat dan rasa kena lah dengan selera.
ReplyDeleteIngatkan dalam Giant, rupanya gerai nama Giant. Makanan sedap, harga pulak berbaloi. Memang boleh repeat makan kat sini la nampaknya.
ReplyDelete