Pekan Bandar Diraja - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, January 29, 2025

Pekan Bandar Diraja

Alhamdulillah selamat sampai ke Pekan Bandar Diraja 10 lebih tadi. Banyak juga persinggahan sebelum selamat sampai ke Pekan ni. 

Pekan Bandar Diraja

Dari Lipis tadi singgah kat Petronas Bentong untuk membuang air kecil. Sejuk sangat, hujan, lepas tu minum Ice Caramel Latte memang nak terkucil jela. Lepas tu teruskan perjalanan takde berhenti dah sepanjang highway.

R&R pun full banyak kereta berhenti. Kalau macam tu punya banyak kereta mau kena beratur nak masuk toilet. Kami terus je dan singgah solat kat Masjid Iftifaqiah Taman Seri Inderapura Kuantan. Jalan nak hala ke Pekan dah.

Masa kami sampai tadi ahli kariah situ tengah bersalaman selepas solat Isyak. Ada sorang makcik tu tanya dari mana nak ke mana. Tengah solat tu mereka bagi nasi 2 bungkus letak tepi beg. Mungkin ada orang bersedekah. Terima kasih banyak tak sempat ucap terima kasih tadi Cie tengah solat mereka dah keluar dari masjid.

Pekan Bandar Diraja

Selesai solat kami terus bergerak ke Pekan Bandar Diraja. Sambil mencari kedai makan. Jumpa la kedai tepi jalan hala ke Pekan Bandar Diraja dah. Nanti Cie share entry lain. Lepas makan teruskan perjalanan. 

10 lebih sampai dah Pekan Bandar Diraja terus ke rumah abang Cie. Orang rewang masih busy menyiapkan persiapan apa yang patut. Cie singgah kejap rumah abang lepas tu terus ke homestay berehat dan tidur.

2 comments:

  1. Pernah juga ke Pekan. Masa tu saya perlu menghadiri simposium.

    ReplyDelete
  2. oòo rumah abang sendiri ya..
    memang kena stay lama sikitlah Cie, boleh jumpa adik beradik lain. Tak ada lah rushing sangat bila stay kat HS.

    ReplyDelete