Last Minute Plan - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, January 29, 2025

Last Minute Plan

Cie memang sejenis orang yang plan awal nak buat apa-apa. Bila last minute plan Cie tak berapa suka. Tapi tu la dalam hidup kita ni kan ada masa last minute plan tu la menjadi.

Alkisahnya hari Khamis esok 30 Januari 2025 abang ke 5 Cie yang duduk kat Pekan Pahang buat kenduri. Cie memang takde plan apa-apa pun sama ada nak tidur sana atau balik hari sebab bergantung kepada husband Cie follow je.

Kakak sulung dah lama ajak tidur sana dia sewa homestay. Cie macam malas nak tidur sana. Ingatkan macam nak datang makan jela walaupun kemain jauh dari Lipis ke Pekan. 

Malam tadi Cie tanya husband nak tidur Pekan ke atau nak balik hari je. Husband cakap takpela balik hari je. Cie ikutkan jela dia yang drive kan.

So kita pun takdela nak mengemas ke apa siap masak menu cuti raya cina lagi pagi tadi. Makan berkali-kali dah hari ni punya la kan takde apa aktiviti kat rumah. Husband lepas breakfast pagi tadi terus dia ke kebun. Balik dari kebun dia pergi jumpa abang dia. 

2 lebih camtu dia balik rumah. Tiba-tiba ajak pergi Pekan hari ni ye. Katanya takdela penat sangat kalau tidur sana. Eh eh kita pun dalam hati kenapala tak cakap awal-awal. Dah petang jugak dia bertukar plan last minute. Cie pun search la mana-mana hotel yang available lagi.

Lastly kakak Cie kata duk sekali jela kat homestay tu muat je. Bawak la toto selimut bantal sekali. Fuhhh memang betul-betul last minute plan. Mengemas la kami semua untuk stay 1 malam. Baju kenduri memang dah siap iron lepas Zohor tadi. Sumbat jela masuk kereta.

Dah gerak masa nak isi minyak boleh pulak kad Watson Touch N Go Cie tertinggal dalam beg lain. Lepas siap isi minyak pergi 7 Eleven Cafe kejap beli Ice Latte lepas tu singgah rumah semula ambil kad Touch N Go.

Last Minute Plan

Last Minute Plan

5 lebih macam tu baru gerak ke Pekan ikut jalan Raub, Bentong dan naik highway. Semoga selamat sampai la kami ke Pekan. 

4 comments:

  1. Memang begitulah.
    Plan yang last minute itulah yang menjadi.
    Semoga selamaat dalam perjalanan pergi dan balik.

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt berkuumpul ramai2 kenduri dan stay kat homestay tu

    ReplyDelete
  3. Biasa memang plan last minute terus jadi drpd yg plan awal hehe
    Tapi ada masa plan awal jauh lgi bagus

    ReplyDelete
  4. Senang... last minute terus menjadi.
    Kadang itu yang best.

    ReplyDelete