Hari ni kalut sikit tengahari sebab kena ambil 2 beradik tu dari sekolah. Babahnya kerja luar. Waktu tak sama dan sekolah tak sama. Kakak Raisha sekolah sebelah office ibu je, balik 1.30 petang. Adik Rania sekolah jauh sikit balik pukul 1.00 petang. Terpaksa la pergi ambil adik Rania dulu.
Biasanya sorang ambik kakak dan sorang ambik adik. So takdela tekejar-kejar. Hari ni memang kalut jugak la. Patut adik Rania balik 1.00 petang tapinya lambat keluar 1.10 petang baru keluar. Lepas tu kena pergi beli makanan pulak.
Singgah la beli makanan lunch di Josi Cafe dah dekat ke sekolah kakak. Sementara tunggu 1.30 petang. Beli kerabu maggi 2 bungkus dan sebungkus set garlic bread mushroom soup. Total semua RM21. Beli yang cepat-cepat je takut terlambat ambil kakak.
Lepas siap beli makanan di Josi Cafe dah 1.29 petang. Terus ke sekolah kakak. Kereta parents dah penuh takde tempat nak parking. Terpaksa la parking jauh dan kena jalan kaki pulak ke depan gate sekolah takut kakak keluar nanti tak nampak.
Kakak keluar lambat juga dalam 1.40 petang macam tu. Katanya ada exam Bahasa Inggeris tadi. Untuk tentukan kelas DLP la tu agaknya. Terus cepat-cepat balik sebab adik Rania nak ke sekolah KAFA pulak 2.15 petang.
Terus whatsapp kat babahnya membebel. Nak buat macam mana kan dah tugasnya begitu. Diarahkan ke mana-mana kena la pergi.
Memang betul-betul kalut kalau kena ambil 2 orang sekali. Ibu pun cakap kat kakak. Tu la ibu suruh duk asrama taknak. Tiba pulak kaitkan pasal asrama. Hahaha.
Ibu tak boleh move on lagi anak taknak sekolah SBPI ni. Group whatsapp pun tak left lagi. Saja nak tengok suasana. Best jugak cikgu banyak share gambar aktiviti mereka sepanjang kat SBPI tu. Duk bayang sendiri kalau kakak Raisha terima tawaran hari tu sekarang mesti ibu berendam air mata rindukan kakak bila tengok gambar.
Dania dulu dapat kelas DLP kat sekolah Putrajaya tapi bila pindah sekolah kat Bandar Baru Bangi masuk kelas biasa je.
ReplyDeleteFikir pasal sekolah anak ni, jujur cakap saya pun kadang selalu berbelah bagi sana sini haha
ReplyDeleteSemoga ibu bertabah, banyak tahun lagi tu nak kena hadap, hehehe.
ReplyDeleteawal-awal musim buka sekolah ni mana-mana kak ana tengok kalut di buatnya kan, dengan jalan jemmed merata sikit lagi kembali normal semuanya In Syaa Allah
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusannya ye Cie 🤲🏻
ReplyDeleteTakpelah, mgkn ada hikmahnya tu... Kalau nanti Kakak Raisha nak masuk asrama, boleh apply utk F4 nanti :)
dapat merasai perasaan ibu... huhuhuhu.. kehendak kita x sama dengan kehendak anak2.. :( :( :(..
ReplyDeletehalalah...ibu2 mmg confirm berendam air mata sementara nak biasa sbb tu semua anak akak semua tak masuk bording school, hanya lepas SPM..walau penat tapi enjoy dan selalu jagi rimau dan naga tanpa api..hehehe
ReplyDeleteminggu pertam persekolahan ;) dak rayyan pon suruh masuk kelas dlp pun tak mo ') adeiii
ReplyDeleteBertabahlah, ye. Saya pernah laluinya, ambil anak sekolah lain-lain. Kerja dok dalam kereta je. Alhamdulilah, sekarang tinggal anak sorang tingkatan 5 paling kecil. Itu pun, dia pi sekolah sendiri. Lega, mak.
ReplyDeleteSama lah anak solehah ni dulu pun tak nak masuk asrama, nak berkepit bawak ketiak mak, dengan bebelan mak nya hehe.
ReplyDeletesaya suka anak2 dpn mata saya ;) tak kisahlah jd supir punnn kenangan manis zmn anak2 kecik-remaja-dewasa then fly high plak
ReplyDelete