Ikan pekasam ada banyak jenis. Ada orang buat ikan pekasam beras, ada orang buat ikan pekasam asam keping dan garam, pelbagai cara tapi namanya tetap sama ikan pekasam. Cie suka ikan pekasam beras.

Ikan Pekasam

Minggu lepas order kat leader cleaner hospital 2 bekas. Sebekas dia jual RM10. Memang selalu dah beli dari dia. Ikan pekasam dia memang sedap. Tadi dia hantar kat office. Balik kerja petang tadi terus goreng seketul kecil. Nikmatnya makan nasi panas-panas dengan ikan pekasam goreng.

Selalunya Cie goreng ikan pekasam letak bawang besar dan cili padi goreng. Lepas tu mesti ada limau kasturi. Nak makan perah je limau tu. Memang nikmat tak terkata.

Ikan Pekasam

Ikan Pekasam

Selain makan dengan nasi panas-panas, ikan pekasam goreng ni sedap juga makan dengan pulut. Memang sedap tak terkata la kalau makan ikan pekasam goreng.