Ikan Pekasam - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, February 24, 2025

Ikan Pekasam

Ikan pekasam ada banyak jenis. Ada orang buat ikan pekasam beras, ada orang buat ikan pekasam asam keping dan garam, pelbagai cara tapi namanya tetap sama ikan pekasam. Cie suka ikan pekasam beras.

Ikan Pekasam

Minggu lepas order kat leader cleaner hospital 2 bekas. Sebekas dia jual RM10. Memang selalu dah beli dari dia. Ikan pekasam dia memang sedap. Tadi dia hantar kat office. Balik kerja petang tadi terus goreng seketul kecil. Nikmatnya makan nasi panas-panas dengan ikan pekasam goreng.

Selalunya Cie goreng ikan pekasam letak bawang besar dan cili padi goreng. Lepas tu mesti ada limau kasturi. Nak makan perah je limau tu. Memang nikmat tak terkata.

Ikan Pekasam

Ikan Pekasam

Selain makan dengan nasi panas-panas, ikan pekasam goreng ni sedap juga makan dengan pulut. Memang sedap tak terkata la kalau makan ikan pekasam goreng.

12 comments:

  1. MZ tak pernah mkn ikan pekasam...so wondering mcm mana yer rasa ikan tu lps digoreng? rasa masin ker?

    ReplyDelete
  2. Saya yang baca ni pun ikut terliur. 😋😋😋

    ReplyDelete
  3. Nikmat dia tu boleh membocorkan periuk nasi, Cie.

    ReplyDelete
  4. Dah lama x mkn pekasam..Arwah mak dulu selalu buat ikan pekasam sebab abg ipar & arwah abah mnjala ikan...Siap jual lg dkt org kg yg tau mak buat pekasam tu =)

    ReplyDelete
  5. suka jg ikan pekasam ni...
    sy nk cari telur sotong pekasam... nk buat mkn utk sahur nnt

    ReplyDelete
  6. Bahaya ikan pekasam ni. Boleh bertambah nasi. Punah diet. :D

    ReplyDelete
  7. Terliurrrrr...
    Kalau kat rumah akk sorang je makan itu yg jarang beli.

    ReplyDelete
  8. kecurnya air liur.. walaupun taktahu rasa dia cane xD

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ikan pekasam ..CCL suka ikan pekasam beras . Kalau nak makan selalu mak buatkan pekasam tu . Jarang nak beli

    ReplyDelete
  10. Sedapp...nasib dah ada dah stok utk sahur nanti. Tapi x leh selalu la

    ReplyDelete