Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025
Minggu lepas Cie baru terfikir nak buat Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025. Memang busy sangat sampai terlupa. Selalunya setiap tahun sebelum puasa memang buat makan-makan. So set la hari ni 25 Februari 2025. Cantik tarikhnya.
Jabatan kami memang buat kutipan duit setiap bulan. RM5 je sorang kena bayar sebulan. Kalau malas nak bayar bulan-bulan boleh la bayar terus setahun. Duit tu jela guna untuk buat makan-makan. Kadang-kadang kami collect duit juga kalau tak cukup nak buat makan-makan.
Masak sendiri so jimat la sikit belanja jamuan. Ada sorang staf tu memang ambil job dah masak-masak kalau ada jamuan kami buat. Memang dia jadi ketua masak-masak. Kami bincang jela nak makan nanti dia akan masak.
Menu hari ni mereka request nak nasi arab. Cie request jambu asam boi dan air lemon sunquick yang duk lalu lalang kat facebook ramai orang share tu. Lepas tu beli kek Bakers Cottage 2 biji. Sikit je menu makan-makan kami.
Ada 9 orang yang sambut birthday bulan Januari hingga Jun 2025. Selebihnya 8 orang lagi bulan Julai hingga Disember. Hari ni tak semua ada. Ada sorang keluar ada hal. Sorang lagi cuti tak sihat. Bos pulak ada klinik tadi so tak dapat join bergambar.
Macam ni la bila ramai-ramai susah nak kumpulkan semua. Yang mana ada jela. Selesai juga Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025. Tak lama lagi nak puasa. Berjumpa kat jamuan raya la pulak nanti makan-makan.
Elok jugak menu tak banyak Cie, jadi tak berlaku lebihan makanan. Hidang terus habis.
BalasPadamMenu yang ada ni pun cukup lengkap dan sedap.
Senang ada staf yang boleh ambik job memasak.
best aktiviti mkn2 beramai2 gini :) dan ada pelbagai varieti menunya :) tinggal few days jer lagi kita nak mula berpuasa ni
BalasPadamAlhamdulilah..seronoknya boleh makan dengan geng ofis, meriah gitu
BalasPadamMeriah menunya tu ..
BalasPadamSenanglah ada staff yg boleh ambil task masak² gini. Ofis Akk dulu mak staff yang boleh masak, mmg upah acik tu je la.
Selamat menjamu selera
BalasPadamDapat berkumpul ramai-ramai ni best..
BalasPadamAlhamdulillah..Seronok buat gini =D
BalasPadamPandainya kawan Cie tu masak nasi arab. Masak2 kat kitchen situ ke, Cie?
BalasPadamteringat dahulu kejiranan kak ana selalu buat majlis nak sambut puasa, sekarang ni dah tak ada dah.. selamat menyambut Ramadan buat Cie dan selamat hari lahir buat yang di raikan :)
BalasPadamkami kumpul duit jugak... untuk jalan2 cari makan... best kan kalau begini.. sekepala semuanya
BalasPadamAlhamdulillah...seronoknya.. sedap nampak semua tu
BalasPadambest2
BalasPadampart2 mkn kat tmpt kerja ni jarang x best. semua suka😁