Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025 - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, February 25, 2025

Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025

Minggu lepas Cie baru terfikir nak buat Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025. Memang busy sangat sampai terlupa. Selalunya setiap tahun sebelum puasa memang buat makan-makan. So set la hari ni 25 Februari 2025. Cantik tarikhnya.

Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025

Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025

Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025

Jabatan kami memang buat kutipan duit setiap bulan. RM5 je sorang kena bayar sebulan. Kalau malas nak bayar bulan-bulan boleh la bayar terus setahun. Duit tu jela guna untuk buat makan-makan. Kadang-kadang kami collect duit juga kalau tak cukup nak buat makan-makan.

Masak sendiri so jimat la sikit belanja jamuan. Ada sorang staf tu memang ambil job dah masak-masak kalau ada jamuan kami buat. Memang dia jadi ketua masak-masak. Kami bincang jela nak makan nanti dia akan masak.

Menu hari ni mereka request nak nasi arab. Cie request jambu asam boi dan air lemon sunquick yang duk lalu lalang kat facebook ramai orang share tu. Lepas tu beli kek Bakers Cottage 2 biji. Sikit je menu makan-makan kami.

Ada 9 orang yang sambut birthday bulan Januari hingga Jun 2025. Selebihnya 8 orang lagi bulan Julai hingga Disember. Hari ni tak semua ada. Ada sorang keluar ada hal. Sorang lagi cuti tak sihat. Bos pulak ada klinik tadi so tak dapat join bergambar.


Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025

Macam ni la bila ramai-ramai susah nak kumpulkan semua. Yang mana ada jela. Selesai juga Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025. Tak lama lagi nak puasa. Berjumpa kat jamuan raya la pulak nanti makan-makan.

Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025

Jamuan Sambut Puasa Dan Sambutan Birthday Januari Jun 2025


12 comments:

  1. Elok jugak menu tak banyak Cie, jadi tak berlaku lebihan makanan. Hidang terus habis.
    Menu yang ada ni pun cukup lengkap dan sedap.

    Senang ada staf yang boleh ambik job memasak.

    ReplyDelete
  2. best aktiviti mkn2 beramai2 gini :) dan ada pelbagai varieti menunya :) tinggal few days jer lagi kita nak mula berpuasa ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah..seronoknya boleh makan dengan geng ofis, meriah gitu

    ReplyDelete
  4. Meriah menunya tu ..
    Senanglah ada staff yg boleh ambil task masak² gini. Ofis Akk dulu mak staff yang boleh masak, mmg upah acik tu je la.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Seronok buat gini =D

    ReplyDelete
  6. Pandainya kawan Cie tu masak nasi arab. Masak2 kat kitchen situ ke, Cie?

    ReplyDelete
  7. teringat dahulu kejiranan kak ana selalu buat majlis nak sambut puasa, sekarang ni dah tak ada dah.. selamat menyambut Ramadan buat Cie dan selamat hari lahir buat yang di raikan :)

    ReplyDelete
  8. kami kumpul duit jugak... untuk jalan2 cari makan... best kan kalau begini.. sekepala semuanya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...seronoknya.. sedap nampak semua tu

    ReplyDelete
  10. best2
    part2 mkn kat tmpt kerja ni jarang x best. semua suka😁

    ReplyDelete