Kopi Ladang Janda Baik - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, February 22, 2025

Kopi Ladang Janda Baik

Cie ni taktau sangat tempat-tempat viral ni. Tak ambik tau kalau takde orang cerita. Facebook dan Instagram dah tak macam dulu ramai orang share tempat viral. Sekarang semua tertumpu kat Tiktok je. Cie takde akaun TT dan memang taknak install. Tu yang taktau la apa yang viral.

Masa tengah service kereta 20000km kat Bentong tadi husband ajak pergi ke Kopi Ladang Janda Baik. Dah alang-alang ada kat Bentong. Dekat je dari Bentong ke Janda Baik tu tak sampai sejam pun. Cuma ada tol jela RM3. Cie pun on jela.

Kopi Ladang Janda Baik

Sejenis husband ni kalau dah set nak ke Kopi Ladang Janda Baik tu memang dia tuju ke situ terus takdela nak jalan-jalan tepi sungai ke apa kan. Dah la perut tengah kenyang lagi sarapan di Restu Auto Bentong masa servis kereta tadi.

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kami melalui Bukit Tinggi. Area Bukit Tinggi ni ramai penduduk cina. Tepi-tepi jalan tu semua kedai kaum cina. Ada juga jual sayuran macam kat Cameron Highlands tapi takdela banyak sangat. Keistimewaan negeri Pahang ni banyak tempat peranginan atas bukit.

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Jalan nak ke Janda Baik ni memang berbukit dan jalan kecil serta di kelilingi hutan. Memang kena hati-hati. Walaupun bukan cuti sekolah tetap orang ramai naik ke Janda Baik tu. Geng-geng motor pun ramai. 

Sampai je terus ke Kopi Ladang tu di tepi jalan je. Masa kami sampai memang ramai la rider parking motor mereka kat situ. Nak bergambar kat signage tu pun tak dapat penuh motor depan tu. Kereta pun banyak parking kat tepi. Memang full house la kedai ni. Kedai viral kan mesti la ramai orang. 

Kopi Ladang Janda Baik

Sistem ordering yang mudah kat sini. Boleh pilih nak order online atau di kaunter. Kami order online saja malas nak beratur ramai sangat orang. Siap order dan payment kita akan dapat email nombor order so just tunggu nombor kita terpapar kat skrin. Lepas dah terpapar nombor kita boleh la ambil order di kaunter. Ada 2 kaunter untuk pick up makanan dan minuman.

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kami tunggu je kat bawah bila dah siap air baru kami naik ke atas. Duduk sekejap minum baru la keluar pulak nombor untuk makanan. Tak order banyak sebab masing-masing masih kenyang. Cuma order buat rasa-rasa jela alang-alang dah sampai.

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Kami order hazelnut latte untuk Cie, husband order kopi ladang cham, kakak Raisha order ice lemon tea dan adik Rania order ice peach tea. Makanan pulak kami order set mushroom soup dan garlic bread serta telur goyang. Ni pun Cie yang habiskan. 3 beranak tu taknak dah. 

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Bab rasa ni setiap orang tak sama selera. Cie tak boleh nak komen. Mungkin boleh rasa sendiri. Ada makanan lain macam nasi lemak, lontong, pelbagai jenis makanan dan minuman. Mungkin lain kali datang boleh try makanan lain pulak.

Suasana tu agak hinggar binggar juga la dengan geng-geng rider. Memang jangan harap la nak mengopi dengan tenang ye. Cuma best jela sebab ada 2 tingkat. Kami duduk bahagian atas. Dapat duduk tepi best la sejuk je berangin jugak. Husband pun jumpa geng-geng kerja dia ride ke situ. Janji dah kot tiba-tiba pulak jumpa. Hihi.

Kopi Ladang Janda Baik

Kat situ ada tandas juga. Tandas bersih dan cantik. Depan tandas tu ada pokok kopi. Cie cakap kat anak-anak boleh pulak tak percaya. Mujur ada mereka tampal notis jangan petik kopi. Ada juga tadi kopi yang dah masak. Agaknya kalau tak tampal notis tu mesti ada tukang petik taktau buah apa.

Kopi Ladang Janda Baik

Kopi Ladang Janda Baik

Lepas je settle minum kami pun balik. Singgah kejap je tepi sungai tengok orang mandi. Ada tempat bbq juga semua berbayar. Ada sewa pelampung, sewa basikal. Selalu tempat macam ni memang orang buat duit jela. Tak ambil gambar masa singgah tepi sungai.

Lain kali la kita holiday kat Janda Baik. Selalu holiday tepi pantai je. Sekali sekala ubah ke tepi sungai pulak. Cuma risau kalau mandi sungai ni takut kepala air. Tu yang rasa tak tenang je nak mandi sungai. Dari anak-anak kecil sampai besar ni baru beberapa kali je bawak ke sungai. Selebihnya selalu bercuti di pantai.


8 comments:

  1. Pernah dengar tempat ni, tapi tak pernah sampai. Pernah ikut jalan lama Janda Baik ni, sebab highway jammed, ikut jalan lama sampai ke Gombak. Sempit juga, ye di sesetengah tempat, lagi-lagi kalau selisih lori treler, alamak.

    ReplyDelete
  2. Cuya pon tak amik tahu sangat pasal tempat2 viral walaupun Cuya ada tiktok, sebab Cuya punya page banyak makeup je. tiktok ni ada mengikut minat orang tu, kalau minat makanan memg keluar makanan , tempt makan viral sume tu

    ReplyDelete
  3. Tahun lepas jalan-jalan Pahang, lalu Janda Baik tapi sebab dah plan ke tempat lain tidaklah singgah situ. In syaa Allah ada rezeki bolehlah ronda janda Baik pula.

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik tempatnya...
    Janda Baik mmg jadi tumpuan rider breakfast kan. Ada member boleh kata tiap² minggu ride ke sana utk breakfast reramai dgn geng depa...

    ReplyDelete
  5. Akhir2 ini terbaca ttg kawasan janda baik. Jadi penasaran pula. Belum pernah kesini saya. Dulu saat masih tinggal di Penang, tak pernah ada yg sebut janda baik, selalunya liburan ke genting saja 😅.

    Teringin juga kapan2 kesini.

    Saya pun tak ada install TT kak. Memang tak suka. Cukuplah IG saja 😄

    ReplyDelete
  6. MZ suka lah ronda2 janda baik ni...tp dh lama jugak tak ke sini...so far lom bwk lagi baby T dtg janda baik

    ReplyDelete
  7. Banyak tak tanaman pokok kopi tu ? Mujur ada notis jangan petik kopi ..

    ReplyDelete
  8. Banyak tak tanaman pokok kopi tu ? Mujur ada notis jangan petik kopi ..

    ReplyDelete