Cie dah ketandusan idea nak buat menu plan. Walaupun dah buat menu plan seminggu tu pun jenuh fikir nak masak apa menu berbuka untuk 6 hari setiap minggu. Sebelum ni Cie beli barang ikut menu, kali ni tulis menu ikut barang tu yang jadi hujung-hujung takde menu dah sangat.
Next week punya menu kena plan sebelum beli barang supaya cukup setiap hari menu apa nak masak. Minggu ni lauk dan sayur cukup sampai Khamis je. Jumaat dah kena plan masa nasi goreng jela.
So Menu Berbuka Puasa 11 Ramadan 1446H seperti dalam menu plan ikan selar goreng berlado, telur mata goreng kicap, kobis dan carrot goreng, buah epal dan dragon fruit. Kuih husband beli cucur badak. Dia sorang jela makan tu kang kami semua tak suka.
Simple je menu Cie sama seperti menu dinner hari biasa je. Kecuali balik kampung berbuka dengan family memang meriah pelbagai jenis menu. Ni makan 4 beranak menu yang simple jela.
Siap masak awal boleh berehat awal. Boleh la mengadap blog, posting kat story dan Instagram.
Jiran bagi mi goreng basah. Rezeki Alhamdulillah. Baru ni buat kuih-kuih bagi juga kat jiran. Jiran sebelah Cie ni rajin masak. Selalu la kami bertukar-tukar menu.
Linda takde plan apa2 pun.. Guna apa yang ada dalam peti je.. Kalau takde, baru p beli.. Sekarang dah ada surarumah yang boleh diharap untuk beli brg2.. Tp, kena reda jelah dengan apa yang dibeli kang.. Hahaha
ReplyDeleteOtak tak function sgt bila tak mkn ye?. 😂😂. I pulak .. busy sgt ramadan ni, alih2 dah masuk berbuka. Sudahnya mood menulis pun ke laut.
ReplyDeleteBetullah kan, mcm xde idea nk update apa, yg ada menu buka je.. hihi
ReplyDeletebuah naga isi merah fav compare yg isi putih..aritu pn ada beli utk bebruka puasa
ReplyDeleteSemua menu nampak menarik ..
ReplyDelete