Menu Berbuka Puasa 19 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, March 20, 2025

Menu Berbuka Puasa 19 Ramadan 1446H

Dah masuk 10 malam terakhir dah malam nanti. Cepatnya masa berlalu hari ni dah 19 Ramadan 1446H dah pun. Sikit je lagi Ramadan akan meninggalkan kita. 

Hari ni menu berbuka puasa 19 Ramadan 1446H Cie masak menu western pulak. Memang dalam menu plan hari ni menu western. Takdela nasinya. So far ok je berbuka menu pasta ni menggantikan nasi. Ada orang tak boleh tak makan nasi sehari kan. Cie ok je tak makan nasi asalkan ada pengganti nasi dah ok.

Menu Berbuka Puasa 19 Ramadan 1446H

Cie masak spageti creamy. Kosong je takde lauk pauk dalam spageti ni cuma ada button mushroom je. Letak susu dan cooking cream je. Bagi rasa creamy sikit letak cooking cream tu. Malas dah nak letak cheese tadi nanti berlemak terlajak pulak.

Menu Berbuka Puasa 19 Ramadan 1446H

Menu lain pulak Cie masak kepak ayam goreng tepung bestari. Malas nak buat kepak ayam goreng ala ikea tu. Leceh nak perap-perap. Nak jimat masa gaul dengan tepung bestari je lepas tu goreng. Dah settle senang je. 

Menu Berbuka Puasa 19 Ramadan 1446H

Oleh kerana dalam freezer tu ada lagi setengah peket fries dari sebelum puasa lagi tu yang goreng jela. Ingatkan sikit je tadi rupanya banyak pulak hah. Harapnya habis la berbuka 3 beranak je hari ni babahnya pergi KL ada urusan kerja.

Menu Berbuka Puasa 19 Ramadan 1446H

Buah takde hari ni dah kehabisan stok. Malas nak singgah beli tadi. Nanti la weekend kita restock buah lagi. Lupa hari tu beli kobis kalau tak boleh buat coleslaw. Takde sayur menu Cie hari ni. Takpela sekali sekala takde sayur.

Ini sajalah menu berbuka puasa 19 Ramadan kita hari ni. Alhamdulillah atas rezeki hari ni.

6 comments: