Untuk Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H hari ni Cie masak ikan tilapia bakar. Bakar kosong je cuma letak garam je. Lepas tu buat cicah ikan tilapia bakar kicap, bawang besar dan cili padi.
Menu kedua Cie masak telur mata goreng sos. Buat tambah-tambah menu jela. 2 hidangan protein. Waktu puasa kena makan protein yang cukup.
Sayur pulak Cie buat sup sayur campur. Ada cendawan tiram, kobis bulat, carrot dan daun sup. Cie jela yang makan sayur tu. Anak-anak tak makan.
Husband nak berbuka kat surau taman hari ni. So kami berbuka bertiga jela kang. Tu semua sikit je menu. Nanti tak habis membazir pulak. Kuih muih memang takdela kami 3 beranak memang berbuka makanan berat terus.
Saya suka ikan bakar kosong berbanding bakar sambal sebab bakar kosong rasa lebih ori
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteCamna bakar ikan jadi lawa gini Cie? Elok je rupa
ReplyDeleteNampak macam ikan stim pun ada, sebab dibakar kosong. Sedap. Setuju, perlu lebihkan protein di bulan puasa.
ReplyDeleteTalapia cicah cili padi kicap tu pun dah sedap .. berselera
ReplyDelete