Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, March 25, 2025

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H ni Cie masak yang simple je. Hari-hari menu berbuka Cie dah plan awal. So takdela baru nak fikir apa nak masak. Cie plan menu seminggu.

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H

Untuk Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H hari ni Cie masak ikan tilapia bakar. Bakar kosong je cuma letak garam je. Lepas tu buat cicah ikan tilapia bakar kicap, bawang besar dan cili padi.

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H

Menu kedua Cie masak telur mata goreng sos. Buat tambah-tambah menu jela. 2 hidangan protein. Waktu puasa kena makan protein yang cukup.

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H

Sayur pulak Cie buat sup sayur campur. Ada cendawan tiram, kobis bulat, carrot dan daun sup. Cie jela yang makan sayur tu. Anak-anak tak makan.

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadan 1446H

Husband nak berbuka kat surau taman hari ni. So kami berbuka bertiga jela kang. Tu semua sikit je menu. Nanti tak habis membazir pulak. Kuih muih memang takdela kami 3 beranak memang berbuka makanan berat terus.

5 comments:

  1. Saya suka ikan bakar kosong berbanding bakar sambal sebab bakar kosong rasa lebih ori

    ReplyDelete
  2. Camna bakar ikan jadi lawa gini Cie? Elok je rupa

    ReplyDelete
  3. Nampak macam ikan stim pun ada, sebab dibakar kosong. Sedap. Setuju, perlu lebihkan protein di bulan puasa.

    ReplyDelete
  4. Talapia cicah cili padi kicap tu pun dah sedap .. berselera

    ReplyDelete