Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Khamis, 6 Mac 2025

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Awal siap masak Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H boleh la berehat sementara tunggu masuk waktu berbuka. Time ni la ada masa nak update story kat Instagram link terus ke Facebook, update status Whatsapp, update posting menu berbuka kat Instagram feed, blogwalking, update blog.

Lepas berbuka kang nak ke surau pulak. Malam tadi tak pergi hujan lebat. Malam ni harapnya tak hujan la boleh pergi solat terawih kat surau. Balik dari surau dah rasa mengantuk nak tidur. Masa terhad sikit bulan puasa ni.

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Menu berbuka puasa hari ni Cie masak tomyam dan sayur. Masuk je sekali tumbuhan dan haiwan dalam periuk tu. Mudah kerja tak payah masak banyak jenis dah. Mintak daun limau jiran sikit tadi. Buat tomyam putih tanpa perencah.

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Kalau ada tomyam mesti kena ada telur dadar. Baru kena menu ni. Buat telur dadar gebu letak tepung jagung sikit dan pukul. Goreng dalam minyak yang banyak.

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Lepas tu masak ikan goreng. Tak sure ikan apa. Macam ikan masin dari Kelantan. Cie tambah bawang dan cili padi. Kakak ipar Cie bagi kat husband masa dia singgah rumah kak ipar. Pesannya goreng garing-garing. Bila tanya husband ikan apa masin ke pekasam katanya taktau.

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Husband bawak balik karipap dan sushi. Wajib la dia membeli apa-apa. Cie ni sejenis berbuka makan nasi jela. Sahur je tak makan nasi.

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Buah-buahan untuk menu berbuka hari ni ada buah anggur dan limau. Tembikai ada sikit lagi nak buat air tembikai dekat nak berbuka kang.

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H

Ni jela Menu Berbuka Puasa 5 Ramadan 1446H. Alhamdulillah rezeki hari ni. Selamat berbuka! 

8 ulasan:

  1. Senang masak tomyam. Boleh campur sayur dan haiwan dalam satu periuk terus, hehe.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah sedap makanan harini :D

    BalasPadam
  3. Letak tepung jagung. Ok noted. Thank you!! Esok beli tepung jagung.

    BalasPadam
  4. ikutkn smlm husband soh masak tomyam tp sbb sehari sblum dh menu mcm berkuah sup tulang so tk jd la

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Sedap lauk tomyam dan telur dadar gebu. :)

    BalasPadam
  6. Dulu saya tak pernah makan Tomyam pakai telur dadar. Tapi sejak sekolah di Penang lah, jadi sukaaa sangat Tomyam makan dengan telur dadar 😅😄😄👍

    BalasPadam