Sahur 28 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, March 29, 2025

Sahur 28 Ramadan 1446H

Hari ni dah masuk 28 Ramadan 1446H. Tinggal esok saja lagi sehari puasa. Kalau anak bulan nampak esok, Isnin dah raya. Tiada lagi puasa di bulan Ramadan. 

Ramai dah balik kampung. Seronok tengok ada yang hadap jem, ada yang smooth je perjalanan. Semoga semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Cie tak balik kampung tapi rentas desa je. Hihi. Tahun ni takde adik beradik balik awal raya. Kakak yang duduk di Manjung tu balik Jumaat nanti. Dia kena kerja raya. Abang yang nombor 5 maybe raya kedua atau ketiga baru balik kampung.

Hari ni busy sikit nak cari barang keperluan dapur. Husband dah settle beli ketupat palas frozen. Lemang pun dia dah order siap-siap. Semua dia sendiri je tu order. Cie settle bab kuih raya jela.

Sahur 28 Ramadan 1446H sama je macam semalam PD Orange dan Revitalife Coffee.

Sahur 28 Ramadan 1446H

Menu berbuka hari ni pun taktau nak masak apa dah. Rasa macam nak masak mi sup je. Baru lepas sahur dah fikir menu berbuka. Hihi

4 comments:

  1. tu lah kakak ipar ana pun duk stuck jem tu kat area gombak sbb nak balik Kuala Trganu.. moga selamat lah smua dlm prjalanan aminnn...

    ramadhan semakin ke penghujung :(

    ReplyDelete
  2. Tengok sosial media jalan hala ke Pantai Timur memang kesian diorang dalam jem. Adik pun sangkut jugak semalam tapi tak teruk sangat nak balik Kuantan

    ReplyDelete
  3. Memang terpaksa hadap jem kalau nak balik raya ni

    ReplyDelete
  4. Hari ni my family nak masak rendang daging ie juadah tradisi keluarga

    ReplyDelete