3 Syawal 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, April 2, 2025

3 Syawal 1446H

Hari ni 3 Syawal 1446H Cie merentas desa lagi. Hihi. Husband dah kerja maka nya kena la berdikari drive sendiri balik kampung dekat. Abang nombor 5 pulak ada balik tu yang Cie merentas desa juga nak beraya bersama.

Seawal 8.30am Cie dah terpacak depan rumah ayah. Sampai je Kak Long dah sediakan nasi. Awal pagi dah masak nasi. Belasah jela makan. Takde kedai jual sarapan yang buka pagi tadi. Nak masak malas. Jadinya kita pergi jela sarap rumah Kak Long. Menu gulai masam patin, ikan bilis goreng, telur dadar, timun. Ni pun dah sedap. Lupa snap gambar.

Sempat juga la tadi oot oot port biasa dengan anak-anak je. 

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

Siap bersarapan. Kami ke kubur untuk ziarah kubur mak, ayah, wan, moyang dan saudara mara yang lain. Abang nombor 5 lead bacaan Yasin, tahlil. Alhamdulillah selesai.
3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

Cie sempat juga beraya rumah kawan sekolah rendah. Singgah kejap lepas balik dari kubur. Kebetulan kawan terjatuh masa raya kaki dia terseliuh. Melawat dia la tadi. Lupa juga bergambar sakan sangat berborak lama tak jumpa.

Sebelum balik singgah rumah Kak Ngah dia masak soto. Berkumpul la kami kat situ dengan Kak Long dan abang nombor 5. Macam-macam cerita la keluar tadi. Habis semua topik keluar. Seronok berkumpul ramai-ramai ada je topik nak dibahaskan.

3 Syawal 1446H

3 Syawal 1446H

Anak-anak buah pun semua dah besar. Paling kecil anak buah Cie umur 10 tahun. Dah takde baby. Cucu-cucu tak balik raya kali ni. 

Esok nak sambung beraya lagi. Selagi cuti raya la. Penuh aktiviti setiap hari.

9 comments:

  1. Alhamdulillah.. Naseb baik dekat.. Senang nak jumpa adik beradik.. Selamat hari raya buat cie dan keluarga

    ReplyDelete
  2. Best kan dapat berkumpul adik-beradik di hari raya.

    ReplyDelete
  3. salam aidil fitri, maaf zahir batin
    memang seronok sgt bila dpt berkumpul ramai2 mcm ni, alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya buat Cie sekeluarga ✨
    Tak ingat dah wish ke belum hahaha...ni baru ada masa sikit nak BW pun

    ReplyDelete
  5. Awal dah sampai rumah kakaknya tu😅.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Aidilfitri buat Cie sekeluarga.
    Masa raya ajelah seronok berkumpul beramai dan ziarah-menziarahi rugi kalau tak follow

    ReplyDelete
  7. bestnya Cie merentas desa je tak pening tempuh jemm hehehe..
    seronok dpt bkumpul adik-brdik ramai2 mcm2 topik nak cerita hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah masih bercuti dan sempat melawat pusara mereka yang pergi dulu.

    ReplyDelete
  9. memang sgt best dpt berkumpul beramai2

    ReplyDelete