Jamuan Raya ED dan OPD
Hampir ke penghujung Syawal dah hari ni. Tapi jamuan raya masih meriah di sana sini. Hari ni saja kami dapat 3 jemputan jamuan raya di unit-unit kat hospital. Kami sempat pergi jamuan raya ED dan OPD je. ED (Emergency Department), OPD (Out Patient Department).
Kami ambil makanan dan bawa makanan ke jabatan kami je. Ruang tempat jamuan tu agak sempit tu yang tak muat nak makan kat situ.
Mulanya tadi kami ke jamuan raya ED dulu. Dekat je dari sajian. Kami tingkat 1, ED tingkat 3 naik lif je. Ingatkan nak makan kat situ tapi sebab mereka buat kat meeting room dan ruang terhad kami minta izin nak bawak turun makanan je.
Cie ambil mi kari dan sate. Lepas tu share pinggan dengan staf ambil dessert pelbagai jenis ada. Ada kek batik, pandan layer cake, kuih tako, kek cheese secret recipe dan macam-macam lagi. Menu mereka meriah ada nasi lemak, nasi impit kuah kacang, rendang, nasi putih lauk ayam kunyit dan daging belengas.
Jamuan kedua kami sempat pergi tadi kat OPD. Kat sini lagi sempit nak ambil makanan pun agak susah sikit. Cie ambil nasi hujan panas, ayam masak merah, acar, papadom, tembikai, kek lapis sarawak, air sarsi. Pun sama bawak makanan ke jabatan jela. Menu mereka ada ketupat, lemang, rendang, laksa sarawak, mi kari, aneka kuih muih dan banyak lagi tadi.
Masuk jabatan kumpulkan makanan jadi penuh meja makan pantri. Boleh la kami semua makan sama-sama. Rezeki hari ni banyak jemputan dan banyak makanan. Tersandar kekenyangan dah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah masih lagi merasa suasana rayanya. meriah betul ya kak cie. selamat menjamu selera!
BalasPadamsaya hari ni ada jamuan raya ofis jugak...
BalasPadamMinggu ni saya full open office.. Esok open Taman perumahan pulak.. Hehe
BalasPadamAlhamdulillah..Seronok tu mkn ramai2 =D
BalasPadamsyukur masih ada rezeki lg pergi open house org jemput kan hehehe
BalasPadamEmang salut saya, betul2 raya sebulan di sana ya kak 😄👍. Baguuus sih. Beda dengan sini memang. Raya hanya saat libur lebaran . Setelah masuk kerja, tak adooo lagi jamuan2 😄, apalagi open house
BalasPadam