Jamuan Raya JDS HKLIPIS 2025
Hari ni turn jabatan Cie buat jamuan raya. Penat dah nak menjawab orang asyik bertanya je bila sajian nak buat jamuan. Staf hospital memang tunggu-tunggu sangat Jamuan Raya JDS ni. Setiap tahun pasti akan ada yang bertanya. Selesai la sudah jamuan raya kami tahun ni.
JDS ni singkatan kepada Jabatan Dietetik dan Sajian. Jabatan yang menyediakan makanan kepada pesakit di hospital. Tu yang ramai teruja nak merasa air tangan staf sajian.
Tahun ni team kami warna hitam, kelabu, putih atau warna gelap. Team perempuan 11 orang semua follow team warna hitam. Team lelaki 6 orang macam-macam warna ada. Balun jela asalkan berbaju. Hihi. Tahun ni semua ada 17 orang team kami lengkap.
Menu pulak kami buat nasi arab, pecal, nasi impit dan kuah kacang, roti jala dan kuah kari, rendang ayam pencen, aneka kek, kuih raya, bubur pulut hitam, air teh o, air sparkling, air tropicana manggo. Menu staf masak secara gotong royong. Ada juga yang staf sponsor dan masak. Bajet kami buat jamuan ni hasil dari duit tabung kami bayar yuran bulanan. Sekali sekala bersedekah bagi makan staf hospital.
Cie pulak tak banyak sangat menolong kali ni. Kaki tak berapa nak kuat lagi nak aktif sangat. So Cie ambil tugas set up meja hidangan jela. Tetamu pun Cie tak sempat nak layan sangat banyak duduk jela.
Alhamdulillah selesai dah semuanya untuk tahun ni. Kalau ada rezeki dan dipanjangkan usia boleh la buat lagi tahun depan. Setakat ni setiap tahun kami buat jamuan raya. Time ni jela staf hospital boleh masuk sajian. Hari biasa tak boleh.
Wahhh nampak meriah majlis raya kak Cie. Semoga kaki kak cie cepat sembuh dan dapat aktif macam biasa ^_^
BalasPadamSeronok dan meriahnya majlis.
BalasPadamAlhamdulillah...Pagi ni tgk menu2 ni terus rasa lapar semula...Pdhal dh breakfast nasi lemak telur mata =D
BalasPadamwaahhh bestnyaaa meriahhhh ikut tema tu yg paling best tu! moga Cie terus diberi kesihatan yang baik inshaAllah aminnnnnnn
BalasPadambest dan meriah tu menu2nya
BalasPadamOrang lelaki begitulah, selalu lari tema hikhik...
BalasPadamMeriah la confirm semua yg darang tu happy dapat makan sedap² belaka
Wahhh.. dah nama pun JDS.. mestilah semua tetamu expect makanan yang disajikan sedap-sedap belaka. Nengok pun menarik dan menggiurkan.
BalasPadamAlhamdulillah.. Meriah dengan makanan. Minggu ni pun pun saya full hadiri open house.
BalasPadamwaduhhhh sedap2 belaka menu yg ada ni kalau sy ada ni semua sy nak try ;-)
BalasPadammakanan dan minuman tu nampak sedap je. Pasti meriah dgn kehadiran staff dep yg lain. Dpt mengeratkan silaturrahim...
BalasPadamBanyaknya menu jamuan raya dia. Dah macam buffet hotel. Macam² ada. 😋👍
BalasPadam