Kuetiau Goreng Dan Nasi Goreng - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, April 18, 2025

Kuetiau Goreng Dan Nasi Goreng

Oleh kerana hari ni dapat MC 1 hari maka nya malam pun kita tak masuk dapur masak dinner. Cuti sakit kan kena la berehat. Hihi. Yang sebenarnya tak berapa rajin dan takde idea nak masak apa. Suruh anak-anak je request nak makan apa. Babahnya kata beli kat Kuetiau Sungai Kerpan jela.

Kedai Kuetiau Sungai Kerpan ni bukan semata-mata ada Kuetiau Goreng je, ada menu lain juga macam nasi goreng pun ada. Kami selalu makan situ. Tapi sebab tak sihat ni suruh husband tapau jela makan kat rumah. Tu yang order Kuetiau Goreng jela. Kalau order Char Kuetiau takut kembang pulak. Adik Rania biasanya suka order Char Kuetiau.

Disebabkan bungkus je adik Rania order Kuetiau Udang, ibu Kuetiau Kerang, kakak Raisha Nasi Goreng Udang dan babahnya Nasi Goreng Daging. Tak sama semua order. Selera lain-lain kan.

Kuetiau Goreng Dan Nasi Goreng

Kuetiau Goreng Dan Nasi Goreng

Kuetiau Goreng Dan Nasi Goreng

Kuetiau Goreng Dan Nasi Goreng

Lepas Maghrib tadi dah makan. Dah terbiasa makan sebelum jam 8 malam. Tak boleh sangat makan lewat malam membahayakan kesihatan. Dah berusia ni kena la menjaga kesihatan. Seeloknya makan sebelum jam 7 malam. Lama la jarak sebelum kita masuk tidur.

Cie biasanya 10 malam dah tidur. Tak larat nak berjaga malam. Bila kurang sihat ni lagi la nak tidur cepat, nak berehat secukupnya. Ada hikmahnya juga Cie dah stop buat bisnes. Tak perlu fikir nak coaching team, tak perlu fikir nak consult customer, tak perlu fikir stok, tak perlu fikir marketing ke apa. Boleh berehat dengan tenang. Masalah kerja pun tak larat nak fikir dah.

Tu la kan apa yang Allah dah tetapkan tu semuanya yang terbaik untuk kita. Ada sebab semuanya. Kita je yang kadang-kadang tak nampak. Follow saja apa Allah dah aturkan dengan begitu cantik sekali.

Sekejap lagi sebelum tidur nak sapu ointment dan balut semula dengan bandage kat kaki ni. Semoga cepat surut bengkaknya dan hilang kesakitan ni. Aamiinn.

7 comments:

  1. Akak pun biasanya makan malam sebelum pukul 7. Kalau berjalan atau balik kampung tu jelah makan ikut sempat.

    Moga cepat sembuh kaki Cie. Memang kena banyak rehat kaki tu bagi cepat elok.

    ReplyDelete
  2. Haa.. paling senang tapau jer kan. Boleh pilih makan ikut selera masing²

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau xde idea nak masak boleh beli je kat luar..kalau kak SA jangan harap ye...PZ yang masak nanti..haha

    ReplyDelete
  4. Saya sejak intermittent fasting makan juga JD terkontrol. Sebisa mungkin jam 7 malam dah stop makan. Nanti makan lagi jam 12 siang. Dah tak nak makan lewat sangat, mentrigger utk jadi Gerd lama2

    ReplyDelete