Settle kan semua puasa dulu nanti baru la pergi xray. Tak sempat nak pergi lagi. Banyak kerja kena settle dulu. Cie punya jawatan sorang-sorang je jadi kalau Cie takde, takdela orang akan ganti untuk buat kerja Cie. Tu yang settle dulu yang urgent dan ada due date. Lepas tu baru fikir nak pergi xray.
Tulang rusuk ni masih sakit sebenarnya. Tadi kononnya dah masuk bilik air nak mandi terus la nak cuci lantai. Dah siram pencuci. Nak gonyoh lantai tu dengan penyapu lantai jadi sakit pulang rusuk ni sebab ada pergerakan. Panggil la si kakak Raisha tolong sambung berus lantai.
Tak boleh buat apa juga la masak jela boleh sikit-sikit. Tu pun dengan bantuan juga. Takpelakan Allah nak bagi rehat sikit ni. Nanti dah sembuh buat la semula. InsyaAllah Jumaat ni la pergi xray. Dah selesai puasa semua.
Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keenam ni takde idea dah nak masak apa. Cie masak jela ayam goreng. Lepas tu jem taktau nak masak apa. Tumis je halia, serai, bawang putih blend, bawang besar blend. Masukkan air, kicap cair, minyak bijan, letak asam jawa, asam keping. Masukkan ayam biarkan kejap sampai kuah mendidih. Lepas tu siap. Jadilah ayam masak apa entah. Rasa pun taktau rasa apa tu.
Buat tambahan menu Cie goreng ikan rebus. Hari tu husband beli 6 ekor. Dah goreng 2 ekor sebelum ni, hari ni goreng 2 ekor. Ada lagi baki 2 ekor. Cie rebus Isnin hari tu. Lepas rebus simpan je dalam freezer. Tahan lama juga.
Tukar sambal tempoyak pulak hari ni. Suruh kakak Raisha tumbuk cili. Ulam timun jela yang ada. Ada salad untuk laksa menu lunch anak-anak tengahari tadi. Biasa la anak-anak tak makan sayur. Kalau buang rugi pulak Cie suruh simpan je. Boleh la makan berbuka kang.
Buah anggur pemberian staf Cie masa mereka datang beraya hari tu. Tak habis lagi banyak betul dibaginya. Keropok lekor tu mintak husband belikan. Teringin pulak tengok Instagram Sheila Rusly mereka duk gentel keropok lekor tu kat Terengganu lepas tu goreng dan makan. Terliur pulak tu yang suruh husband beli tadi.
Alhamdulillah ni jela menu berbuka kita hari ni. Kehabisan idea dah nak masak apa menu berbuka ni.
selamat berbuka puasa dear!!!
ReplyDeleteDalam pada kehabisan idea dan tak sihat, tiga empat jenis jugak terhidang tu. Semoga Cie lekas sembuh, Amiinnn YRA.
ReplyDeleteUishhh..Semua sedap =D
ReplyDeleteSakit sakit pun masak juga untuk berbuka. Hari ni, hari terakhir Cie la ye, ganti puasa. Seronoknya... Saya belum habis lagi. Semoga dipermudahkan urusan buat x-ray nanti.
ReplyDelete