Hari ni baru hari keempat Cie berpuasa qada’ dan puasa sunat Syawal. Tak sabar nak habiskan. Semoga dipermudahkan untuk selesaikan. Kalau takde aral sampai Khamis ni settle la semuanya. 

Untuk Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat Cie masak simple je. Menu ulang-ulang jela takde idea nak masak apa dan Cie taknak berlama-lama kat dapur tu.

Hari ni tulang rusuk Cie belah kiri terasa sakit sangat. Selepas jatuh pengsan hari tu sakit jugak tapi takdela sakit sangat. Start hari ni Cie dah drive dan mula kerja duduk je tu yang rasa semakin sakit. Kalau baring je takde rasa sakit. Bila ada pergerakan je baru rasa sakit.

Kakak Cie kata takut retak je. Dia advice suruh Cie pergi semula untuk xray. Nak pergi tadi tapi busy dengan kerja menimbun tu yang tahan jela. InsyaAllah esok nak pergi xray.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat Cie masak ayam masak lemak je senang. Lama juga dah tak masak ayam masak lemak. Masa menu berbuka hari tu ada la ayam masak lemak. Cie letak daun kunyit. Tengok dalam fridge tadi dah kecut tapi masih ada bau letak jela.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Semalam suruh husband beli ikan selayang. Tadi terus Cie buat ikan rebus. Letak asam gelugor, gula melaka, garam kasar dan rebus. Lepas tu goreng letak bawang dan cili padi.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Sayur macam biasa la nak jimat masa malas nak masak-masak dah kita potong timun dan tomato je. Lepas tu ada sambal belacan dah cukup.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Ada buah anggur dan epal merah menu berbuka kita hari ni. Staf Cie la datang beraya rumah Cie Sabtu baru ni mereka bawak. Melawat orang sakit bawak buah tangan.