Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, April 14, 2025

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Hari ni baru hari keempat Cie berpuasa qada’ dan puasa sunat Syawal. Tak sabar nak habiskan. Semoga dipermudahkan untuk selesaikan. Kalau takde aral sampai Khamis ni settle la semuanya. 

Untuk Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat Cie masak simple je. Menu ulang-ulang jela takde idea nak masak apa dan Cie taknak berlama-lama kat dapur tu.

Hari ni tulang rusuk Cie belah kiri terasa sakit sangat. Selepas jatuh pengsan hari tu sakit jugak tapi takdela sakit sangat. Start hari ni Cie dah drive dan mula kerja duduk je tu yang rasa semakin sakit. Kalau baring je takde rasa sakit. Bila ada pergerakan je baru rasa sakit.

Kakak Cie kata takut retak je. Dia advice suruh Cie pergi semula untuk xray. Nak pergi tadi tapi busy dengan kerja menimbun tu yang tahan jela. InsyaAllah esok nak pergi xray.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat Cie masak ayam masak lemak je senang. Lama juga dah tak masak ayam masak lemak. Masa menu berbuka hari tu ada la ayam masak lemak. Cie letak daun kunyit. Tengok dalam fridge tadi dah kecut tapi masih ada bau letak jela.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Semalam suruh husband beli ikan selayang. Tadi terus Cie buat ikan rebus. Letak asam gelugor, gula melaka, garam kasar dan rebus. Lepas tu goreng letak bawang dan cili padi.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Sayur macam biasa la nak jimat masa malas nak masak-masak dah kita potong timun dan tomato je. Lepas tu ada sambal belacan dah cukup.

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Menu Berbuka Puasa Qada’ Dan Puasa Sunat Syawal Hari Keempat

Ada buah anggur dan epal merah menu berbuka kita hari ni. Staf Cie la datang beraya rumah Cie Sabtu baru ni mereka bawak. Melawat orang sakit bawak buah tangan.

15 comments:

  1. Saya baru start puasa 6 harini. Nak buat deret seminggu terus pastu boleh beraya!

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalankan ibadah puasa qada' dan puasa 6

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan Cie, puasa qada dan sunat syawal.
    Bagusnya, buat ikan rebus sendiri je. Saya biasa beli.

    ReplyDelete
  4. Lagi bape hari tu nak habis.. akak baru start semalam sebab 'kawan baik' lama pulak bertandang huhu...

    ReplyDelete
  5. Kak SA langsung x start...masib blom boleh puasa...ABC dan masih perlu makan ubat ikut masa...

    ReplyDelete
  6. hari ni macam mana?
    dah okey ke rasa sakit tu?

    ReplyDelete
  7. Uishhhh..Ikan rebus goreng tu mngancam betul...=q

    ReplyDelete
  8. Elok juga x-ray semula tu Cie, nak kan kepastian kan...
    Sedap menu berbuka tu

    ReplyDelete
  9. Semoga tiada apa2 yg mudarat, Cie. Sakit tu tulang rusuk.

    ReplyDelete
  10. Geram je tengok masak lemak. Sebab suka.
    Moga tak ada yang serius ya Cie, take care tau.

    ReplyDelete
  11. fuhhhh aya masak lomak + ikan rebus tu menggodaaaa! moga Cie baik-baik aje ye aminnnn

    ReplyDelete
  12. ammi tak pernah lagi try buat ikan rebus goreng. nanti nak try la juga. teringat arwah mama dulu mcm ada rebus dengan asam jawa ke lumur dengan asam jawa ke ntah..tapi sedap sangat ikannya lepas digoreng

    ReplyDelete
  13. Semoga tak ada apa2 yg parah dengan tulang rusuk kakak yaa.

    Ikan goreng dan timun sambal belacan pun dah sedap sangat nih kak 😍

    ReplyDelete