Menu Raya Lagi Hari Ni - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, April 27, 2025

Menu Raya Lagi Hari Ni

Lepas balik beli barang dapur pagi tadi terus masuk dapur. Masak menu raya lagi hari ni. Tiba-tiba teringin nak makan nasi planta, ayam masak merah, acar timun.

Menu Raya Lagi Hari Ni

Padahal baru je makan jamuan raya hari tu. Tapi nak makan sendiri masak jugak. Kebetulan ada daging kambing dalam freezer terus la plan buat gulai kambing. Cie suka kambing lagi dari daging lembu.

Menu Raya Lagi Hari Ni

Menu Raya Lagi Hari Ni

Menu Raya Lagi Hari Ni

Menu Raya Lagi Hari Ni

Jadi la menu raya lagi hari ni untuk lunch. Lewat sikit makan lunch tadi sebab masih kenyang sarapan di Kopi Stesen pagi tadi. Pukul 3 lebih rasanya tadi baru makan lunch. 

Syawal dah sampai penghujung dah pun. Masih banyak lagi open house sana sini. Hari ni pun ada sepupu buat open house selepas Asar tapi Cie tak dapat datang ada urusan lain tadi nak settle deco sambutan jamuan raya peringkat hospital esok.

Cie masak gulai kambing lebih tadi. Dah plan untuk dinner nak masak roti pratha dan cheese nan.

2 comments:

  1. Cie..share la cara- cara masak nasi planta...akak ni x pandai- pandai buat la...

    ReplyDelete
  2. alamak...alamak.. jangan lah menggoda kami huhu

    ReplyDelete