Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, April 27, 2025

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Lunch tadi memang masak gulai kambing banyak sikit. Sebab dah plan nak makan roti paratha dan cheese nan cicah gulai kambing. Masa beli barang dapur tadi beli roti paratha sebungkus. 

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Mulanya Cie ambil dah roti cheese nan, lepas tu husband cakap dia dah order kat kawan dia. Lepas beli barang dapur tadi terus ke rumah kawannya ambil. Cie ingatkan dia buat sendiri rupanya jadi agent kot. Tak pernah jumpa jual kat pasaraya. Mungkin boleh dibeli melalui agent jela kot. 

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Dalam 1 peket tu ada 8 keping dan diberikan 1 cup kecil garlic spread. Lepas siap masak tu boleh sapu pada roti. Ingatkan cheese. Bila rasa macam butter. Baca tulisan pada peket tu ada dinyatakan garlic spread.

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Cie panaskan je gulai kambing. Lepas tu masak roti paratha dan cheese nan atas pan. Letak sikit je marjerin taknak bagi melekat pada pan tu. Lepas maghrib tadi terus makan dinner. 

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing

Alhamdulillah kenyang makan Roti Paratha Dan Cheese Nan Cicah Gulai Kambing. Tak boleh makan banyak jadi muak. Sekeping roti paratha dan sekeping cheese nan je. Tu pun dah terlebih kenyang dah.

8 comments:

  1. Saya kalau daging kambing, tak biasa makan kalau dimasak kari, hanya boleh makan kambing bakar sahaja.

    ReplyDelete
  2. waduhhhh sedapnyaaaaaa kari kambing & nan cheese!

    ReplyDelete
  3. Adudu sedapnya Cie!
    Nak kena cari daging kambing jugak ni

    ReplyDelete
  4. Alaaaa....sedapnya kari kambing....

    ReplyDelete
  5. Wow..Sedap nih..Blk nnt kena gi cari kari kambing la plk =D

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, lahai.. kari kambing tu. 😋

    ReplyDelete
  7. sedappppp..
    kami ni nak kena pi mamak cari ke😅

    ReplyDelete
  8. Smlm ada nampak dekat shopee roti nan comel2 macam ni...

    ReplyDelete