Cie baru je selesai habis puasa minggu lepas, minggu ni dah rindu moment berbuka puasa. Rasa macam berbuka puasa juga bila mana makan dinner selepas waktu Maghrib dan sebelum 8pm.

Rutin ni kat rumah sendiri je. Kalau balik kampung rutin dinner awal ni akan berubah. Kat kampung makan tak tentu masa. Rumah sendiri kita yang aturkan bila nak makan.

Kalau untuk kesihatan dan taknak berat badan naik memang kena makan awal. Seeloknya sebelum 7pm tu dah berhenti makan dah. Tapi Cie selalunya sebelum 8pm la. 

Bergantung kepada anak-anak juga. Kadang-kadang anak-anak nak makan awal. Sekarang adik Rania ada kelas tambahan UPKK setiap Isnin hingga Rabu jam 7.45pm tu yang dia nak makan awal.

Awal siap makan boleh la berehat pulak luruskan kaki dan tangan. Dah semakin berusia ni memang kena rehat yang cukup. Cie pun sejak kejadian jatuh dan pengsan tu masih sakit-sakit badan. Kaki masih lagi sakit sikit. Kalau dapat massage kat spa sedapnya la.

Rindu Moment Berbuka Puasa

Menu dinner malam ni Cie masak ayam goreng tepung bestari, telur dadar, taugeh goreng kicap. Nak rasa pedas boleh makan sambal belacan. Stok sambal belacan masih ada sikit lagi. Nanti weekend boleh buat stok sambal baru.