Sarapan Lontong Pagi Tadi - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, April 26, 2025

Sarapan Lontong Pagi Tadi

Hari cuti ni ada masa malas juga masuk ke dapur. Kedai dalam taman Cie ni ada je yang jual pelbagai jenis menu sarapan. Ada roti canai, nasi lemak, lontong dan kadang-kadang ada menu lain juga.

Pagi tadi husband tanya nak makan apa. Anak-anak nak roti canai. Cie pulak nak lontong. Lama tak makan lontong. Raya baru ni pun Cie tak buat lontong. Selalunya setiap tahun buat.

Sarapan Lontong Pagi Tadi

Kami biasa panggil lontong yang kuah lodeh tu. Kiranya nasi impit dan kuah lodeh. Kalau tak silap Cie lontong tu tempat lain adalah nasi impit tu la. Boleh jela apa pun kan. 

Cie memang suka makan lontong. Sarapan lontong la pagi tadi. Letak pulak sambal tumis banyak-banyak memang padu betul. Anak-anak dan suami tak suka sangat lontong. 

Siapa yang pernah makan lontong Cie mesti tanya raya buat tak. Tahun ni tak buat. Tahun lepas je Cie buat kat kampung. Teringin nak makan pergi je sarapan lontong pagi-pagi kat kedai taman Cie ni. Lontong dia memang padu.

5 comments:

  1. Fuh dia punya warna kuah tu memang menyelerakan. SS pun rasa macam dah lama sangat tak masak dan makan lontong ni. Bolehlah pi sarapan esok mencari...

    ReplyDelete
  2. Sedap tengok lontong dia. Saya seorang saja makan lontong dalam keluarga. Oleh itu, bila teringin, beli je. Tak pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. Kuning betul kuah dia.. Sha suka juga makan lontong ini dengan sambal..

    ReplyDelete
  4. sedapnya lontong. lama betul tak makan lontong.baru perasan raya haritu tak jamah lontong pun

    ReplyDelete