Kali ni Cie beli Sundayeroo Tumbler Tahan Sejuk pulak. Cantik betul tengok warnanya tu. Lama dah Cie tengok tapinya tangguh beli sebabnya tumbler door gift masa dinner tu baru lagi. Sayang pulak kalau tak pakai.
Ni tumbler pertama Cie beli brand Tyeso |
Yang kedua brand Tyeso |
Yang kali ketiga ni brand Flasq |
Ni doorgift masa dinner tahun lepas |
Cie isi air dalam tumbler bawak ke office setiap hari. Masa buat intermitten fasting Cie letak green tea dalam tu. Kalau tak buat IF Cie isi air kosong letak ais. Ais tahan lama tu yang best tumbler ni.
Sebelum ni beli yang ada pemegang atas, yang Sundayeroo Tumbler Tahan Sejuk ni ada pemegang tepi. Warnanya pun cantik sangat tu yang Cie berkenan betul. Maka nya terbeli la lagi. Hihi.
Untuk anak-anak pun Cie beli juga tumbler ni mereka bawak bekal pergi sekolah. Kat rumah pun anak-anak minum dalam tumbler juga. Senang nak minum sedut je. Tak perlu nak ke dapur ambil air dalam cawan dah.
Cie pun masih guna tumbler-tumbler lain tu kat rumah. Senang nak minum air kosong. Takdela beli tapi tak guna. Yang mula-mula beli warna krim tu Cie bagi kakak hari tu masa abang ipar warded. Yang putih tu Cie pakai minum air kat rumah.
Yang kedua beli tu pulak masa bawak bekal pergi kerja tu pernah terjatuh. Lepas tu pulak getah untuk straw tu macam ada leaking. Kadang-kadang air keluar dari lubang kecil kat tempat straw tu. Tu yang beli brand Flasq tu pulak.
Yang brand Flasq tu boleh engrave nama kita. Warna pulak cantik berkilat je. Terjebak la beli masa tu. Masih elok. Boleh gilir-gilir guna.
Yang terbaru ni Cie beli kat Shopee dari seller ni Sundayeroo Tumbler Tahan Sejuk cepat je sampai. Cie order hari Khamis dah malam, tengahari tadi dah sampai.
Beli tumbler ni dapat sekali berus straw dan span pencuci dalam botol. Senang la nak cuci tumbler. Penutup tumbler pun transparent boleh nampak air kat dalam. Bawah tumbler pulak ada rubber anti slip based. Kalau letak atas meja ke apa dia akan grip la tak bergerak.
Cantik2 tumbler sekarang.
ReplyDeletewaaa cantik2 belaka koleksi tumbler cie!
ReplyDeleteKat rumah saya ni pun banyak juga tumbler. Satu ke sana, satu ke sini, masa nak pakai entah menyorok kat mana. Hihi.
ReplyDeletebetul tu Ana pun suka guna tumbler sbb ais batu tahan lama dlm dia hehe
ReplyDeletecantik warnanyaaa
ReplyDeletesy pun sukaaaa
Cantik² semua tu ...
ReplyDeleteCuya takde tumblr macam ni..cuma ad tumblr plastic Barbie je
ReplyDeleteBeli pon sebab lawa tapi dia tak tahan sejuk
Belum sampai seru nak beli tumblr sebb selalu beli mekap ajer
Hehehe
saya biasa dapat daripada cenderamata....jimat juga duit kerana tidak perlu beli
ReplyDeletenice kalernya tu...
ReplyDeleteThumbler banyak pilihan kan...kak SA pun ada bnayk tumbler..yang kat rumah tu memang khas utk akak dan suami..letak kat bilik je..yang kat office ada 3 dah...yang company punya dah letak dalam kereta untuk suami
ReplyDeleteSejak banyak macam Tumbler muncul, Orang2 jadi suka bawa air sendiri kan. Baguuus sangat, lebih ramah lingkungan. Saya pun suka, jika bepergian. Apalagi ketika traveling. Jadi tak payah sering2 beli minuman
ReplyDeleteKalau air sejuk tahan lama best la. Nak nak minum bila cuaca panas kan...
ReplyDelete