Hari ni sekolah KAFA adik Rania mengadakan Taklimat UPKK 2025 untuk pelajar dan ibu bapa bermula 10.30am. Cie hadir bersama husband. Dekat je dari rumah boleh jalan kaki je.
Masa kakak Raisha 2023 dulu takde taklimat untuk penjaga. Masa tu masih silibus lama 8A. Bermula UPKK 2024 dah menjadi 9A. So pihak SAR KAFA buat taklimat supaya ibu bapa faham silibus terkini.
Ibu jela wefie dengan adik. Babah duk belakang |
SAR KAFA adik Rania ni memang aktif dengan kelas. Boleh kata ada jela kelas tambahan dibuat. Bayaran yuran kelas pun meningkat sebab banyak kelas tambahan.
Setiap hari Isnin hingga Rabu 7.45 malam hingga 9.15 malam dan Hari Sabtu 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Ustazah kata tadi kalau prestasi kurang memuaskan untuk peperiksaan pertengahan nanti ustazah akan mula kelas Ahad pula.
Kiranya selagi belum UPKK ni selagi tu la masa adik Rania penuh dengan kelas je. Takdela masa rehat. Hari Isnin hingga Jumaat kelas KAFA 2.30 petang hingga 5.30 petang. Sekejap je kena sabar lepas exam UPKK nanti boleh dah berehat. Tahun 6 tak KAFA dah.
Akan datang ni ustazah cakap akan ada kem kena tidur kat sekolah 3 hari 2 malam. Kakak Raisha hari tu 1 malam je. Sejak tahun lepas rasanya dah mula 3 hari 2 malam berkampung kat sekolah. Mujur la dari rumah dah boleh nampak sekolah KAFA. Boleh la jenguk-jenguk dari rumah je.
Taklimat tamat pukul 12 tengahari. Balik rumah bersiap nak ke KL pulak.
Bagusnya usaha sekolah.. Masa Imani dulu tak ada taklimat tapi ada kelas tambahan.. Memang kena bersabarlah sebab bukannya lama pun kan..
ReplyDeleteBaguslah ada taklimat, parents pun dapat info yang sepatutnya.
ReplyDelete