Aktiviti Hari Cuti Wesak

5/12/2025 08:46:00 PTG
Hari ni Isnin masih bercuti sempena Hari Wesak. Boleh la berehat seharian kat rumah. Memang takde plan ke mana-mana. Macam biasa la aktiviti Cie hari cuti mengadap blog jela dan scroll social media. Sejak tak berbisnes ni masa lapang tu banyak la.

Selepas solat Subuh Cie settle iron baju kerja seminggu. Memang itulah rutin hujung minggu. Biasanya Cie iron baju kerja pagi Sabtu. Entah kenapa minggu ni malas melanda maka nya Cie iron la pagi tadi baju kerja untuk 4 hari je. Actually 3 pasang baju je sebab Khamis nanti Cie ada gotong royong kat jabatan untuk pindah stor so akan pakai baju biasa je. Cuma iron tudung jela.

Lepas siap iron baju terus masuk dapur. Memang dah plan nak masak mi goreng je menu breakfast pagi ni. Dah beli mi kuning Gardenia weekend hari tu masa beli barang dapur. Cie letak ayam dan kobis bulat je. Nak habiskan kobis bulat ada sikit dalam fridge tu. Macam biasa bila ada mi goreng mesti ada cili potong dan keropok goreng.

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Siap breakfast duduk santai-santai jela kat ruang tamu. Husband ajak ke kebun pulak. Katanya nak kait rumput dia mesin semalam. Cie pun tanya anak-anak nak pergi tak. Anak-anak on jela nanti duk rumah pun bosan. Siap bawak raket lagi nak main badminton dan bawak juga jajan nak makan. 

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Cie pun rajinkan diri tolong kait rumput dan kumpulkan 1 tempat. Rumput kering dah panas terik takde hujan. Senang la nak bakar. Bau asap bakar rumput pun best. Cie bagitau anak-anak camni la suasana kampung. Sunyi je takde bunyi bising. Takde main handphone macam sekarang. Suasana tenang je back to nature. Kalau kampung orang asli tu mereka mana ada handphone. Aktiviti mereka main-main permainan apa-apa lepas tu mandi sungai. Si adik Rania la merungut panas la apa la. Dia memang berpeluh-peluh dah. 

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Lama juga kami kat kebun dalam 3 jam juga. Kebun tu husband share dengan abang dia tanam sawit. Ada la tanah sikit kosong mereka tanam pokok-pokok durian, mangga, petai, serai, pokok limau. Dulu ada juga tanam pokok cili, bendi dan sayur lain. Sekarang takde dah.

Balik rumah dah hampir tengahari. Masuk dapur masak lunch pulak. Tomyam udang campur sayur sikit. Cie letak bunga kobis, carrot, cendawan tiram, tomato. Macam biasa kalau ada menu tomyam mesti ada telur dadar. 

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Cie goreng juga ikan masin tapi tak sure ikan apa. Anak buah husband balik kampung husband dia kat Kelantan dia bagi ikan tu. Macam ikan bekok kot. Cie tak pernah makan ikan bekok tu so tak sure adakah sama. Tanya husband anak buah bagi ikan apa jawapannya taktau. Adoi la dia ambik je takdela nak menanya ikan apa.

Goreng garing-garing ikan tu sekali bawang besar dan cili padi. Rasa ikan tu tak masin sangat. Macam lemak-lemak sikit. Sedap jugak. Kalau betul la itu ikan bekok patut la viral memang sedap.

Lepas makan kenyang-kenyang mata mula mengantuk. Mulanya taknak tidur tapi terlelap jugak. Siap mimpi bukan-bukan je. Sebelum Asar dah terjaga sebabnya panas terik sangat berpeluh dah tidur kat ruang tamu.

Bangun je tidur makan pulak ais krim nak bagi sejuk sikit tekak. Memang panas sangat tengok kat luar terik lagi matahari walaupun dah petang. 

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Lepas solat Asar sambung beristirehat. Malas dah masak dinner. Husband beli je sate, nasi goreng kampung, bihun goreng kat kedai Sate Pencawang TNB Tempoyang. Dari minggu lepas husband nak makan sate. So dapat la malam ni dinner sate. Sate pencawang ni antara sate yang sedap kat Lipis. Nasi goreng kampungnya pun sedap letak pucuk paku. Rasa macam nasi goreng zaman dulu.

Aktiviti Hari Cuti Wesak

Selesai segala aktiviti hari cuti Wesak hari ni. Dah habis waktu bersenang lenang bermasalasan kat rumah. Esok back to work dah. Malas tapi terpaksa la dah tanggungjawab kan.

5 ulasan:

  1. rajinnya cie gosok baju kerja utk seminggu terus. saya spesies pemalas, terus beli baju jenis ironless je. senang hidup :p

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ad juga aktiviti masa cuti
    Cuya harini keluar ke pekan dgn abg je sbb abang balik rumah. Merasalah berjalan drpd tkde buat apa

    BalasPadam
  3. Ikan masin ni memang sedap makan dengan nasi....pun ada ikan masin tapi ikan talang.

    BalasPadam
  4. Ha ah, nampak macam ike bekok. Memang sedap, ikannya, dan tak masin. Makan dengan masak lemak kobis putih, sedap, Cie. :)

    BalasPadam
  5. suka bau rumput yg baru dimesin...teringat arwah ayah dulu, side income dia mesin rumput..dulu2 takde hp, main je apa yg ada..konda-kondi le, polis sentry, galah panjang, lompat getah...bila cerdik sikit, kumpul duit raya, beli kasut roda...hihi...

    saya pun suka mi goreng bubuh sayur kobis...sedap2 menu sarapan, lunch & dinner..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.