Hari ni 1 Mei 2025 bersamaan dengan Hari Buruh atau Hari Pekerja dan merupakan hari cuti umum. Tak semua la cuti hari ni. Ada yang perlu bekerja juga. Bagi mereka yang bekerja akan mendapat bayaran tambahan.
Cie cuti hari ni. Kerja office hour memang cuti la. Staf Cie pulak kerja syif ada yang cuti dan ada yang bekerja. Yang bekerja tu boleh claim OT la untuk hari ni.
Selamat hari pekerja buat semua pekerja. Tak kira apa pun pekerjaan yang kita lakukan yang penting ianya halal. Ikhlas la dalam bekerja untuk mendapat keberkatan. Kerja pun 1 ibadah. Apa saja kerja yang diarahkan perlu disempurnakan dengan baik dan dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sedar tak sedar dah masuk 20 tahun rasanya Cie bekerja. 2005 kalau tak silap Cie grad terus dapat kerja pertama Cie Assistant Restaurant Manager KFC. Setahun je kerja 2006 resign lepas tu kerja lain pulak. Assistant Manager Coffee Bean training seminggu lepas tu resign.
Kerja pulak General Clerk di PJD Construction dan resign. Kerja HR Assistant kat Sushi Kin HQ resign sebab dapat offer kerja sekarang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan KKM pada Disember 2008.
Kerja sekarang ni tak resign dah sebab kerja kerajaan dah tetap. Tunggu pencen jela kalau dipanjangkan usia tahun 2042 pada usia 58 tahun. Masa Cie masuk kerja 2008 tu memang umur persaraan dah jadi 58 tahun.
Boleh je nak pencen awal tapi gaji pencen takdela dapat lagi. Cuma dapat ganjaran cuti rehat jela yang dikumpulkan setiap tahun tu. Tak banyak pun lagi Cie kumpul baru 65 hari. Dulu-dulu kerap cuti tu yang tak banyak dapat kumpul GCR.
Kalau takde komitmen boleh je pencen awal. Tapi tu la pinjaman perumahan sampai pencen nanti kena bayar. Kalau takde komitmen memang merancang nak pencen awal nak berehat. Kerja sekarang tak sama dengan dulu.
Cie pun dah bertahun kerja sorang-sorang handle staf 15 orang. Sedangkan ada hospital kecil yang 2 hingga 3 orang pegawai.
Hospital Cie ni hospital pakar minor. Hospital ketiga terbesar di Pahang. Dah jenuh mohon tapi takde pun dapat tambahan perjawatan. Dulu dapat perjawatan tapinya resign pulak pegawai tu. Bila dia resign takde pengganti. Tiba-tiba kerajaan umumkan nak trade off kepada jawatan pergigian tahun 2016.
Masa buat bisnes Shaklee hari tu memang merancang nak resign je. Tengok ramai yang resign sebab income besar. Tapi tu la buat bisnes MLM ni kena struggle jaga team, kena buat branding, kena rajin.
Kalau malas makan gaji jela senang. Hihi. Tak larat jugak nak fokus kerja lagi, fokus bisnes lagi. Dapat team bisnes yang ok takpela boleh grow. Yang sama hala tuju dengan kita. Kalau takde team tak boleh grow bisnes sebabnya nak naik rank kena ada team bawah kita yang naik rank. Gitula bisnes MLM.
Apa pun bersyukur la ada juga pekerjaan yang kita boleh buat. Semoga kita terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia untuk sempat merasai nikmat berpencen.
Selamat Hari Pekerja.
Happy labour day cie.
ReplyDeleteSelamat Hari Pekerja dan selamat bercuti.
ReplyDeleteSelamat Hari Pekerjs. Moga dipermudah kan semua urusan.
ReplyDeleteAlaa salah eja, Pekerja
ReplyDeletebetul tu Cie.. kalo kerja sendiri - kena struggle lebih utk grow.. kalo kerja mkn gaji, ikut target KPI lah hehehe
ReplyDeleteBetul tu kak cie. Apa-apa jua kerja semua itu ibadah. kerja bergaji ni simple, even hari2 nak bangkit kadang lesu betul rasa >_<. Semoga kita semua dapat berbakti pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam memajukan industri kerja negara dengan kesihatan yang baik.. .
ReplyDeleteSelamat hari buruh kak cie!
Selamat Hari Pekerja 01 Mei 2025.
ReplyDeleteSelamat hari pekerja, Cie. Semoga terus semangat menjalankan tugas.
ReplyDelete