Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

6/30/2025 07:30:00 PG

Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Lepas turun dari Fraser’s Hill Jumaat cuti Awal Muharam tu kami takde arah tujuan. Kami ikut jalan Kuala Kubu Bharu. Jalan situ pun sama juga dengan Jalan Raub agak bersimpang siur juga. Mencabar la jugak nak turun. Dalam hati berkata ni sebab husband ajak je ni kalau tak memang taknak la naik.

Sampai je ke Kuala Kubu Bharu cari hotel takde yang menarik. Lepas tu terus ke Rawang pulak. Pun sama jugak takde yang menarik last sekali lajak ke KL terus jela. Cie pun survey hotel yang masih available. Hotel yang Cie selalu duduk pun full.

Cari la kat Agoda ada la beberapa hotel masuk shortlist. Cuma tu la macam biasa-biasa je. Cari punya cari jumpa la hotel Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118. Cie tengok gambar kat Agoda tu macam menarik je terus jela ajak husband ke situ je.

Hotel Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118 tu terletak di Jalan Kg Attap. Bila sampai depan hotel je baru la Cie klik booking kat Agoda. Masa on the way tu tak klik book lagi sebab risau takut hotel entah apa-apa kan. Tak sempat dah nak baca review.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Cie pun masuk ke lobi hotel bagitau dah book. Tapi belum masuk dalam sistem mereka lagi. Cie tunggu dalam 5 minit macam tu baru la ada dalam sistem. Macam biasa la masa book mereka minta IC dan print booking untuk kita sign. Mereka minta no plet kereta untuk parking kat dalam bangunan hotel.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Jom Cie share pengalaman Cie menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118, sebuah hotel moden dan strategik yang terletak tidak jauh dari Menara Merdeka 118. Dari bilik Cie pun nampak menara 118. Hotel ini memang sesuai untuk pelawat yang ingin berada di tengah bandar dengan suasana tenang, selesa dan berbaloi dengan harga.

Lokasi Yang Sangat Strategik

Hotel ini terletak di kawasan yang mudah diakses dengan pelbagai pengangkutan awam. Ia juga berdekatan dengan beberapa lokasi menarik seperti:

  • Menara Merdeka 118 (boleh nampak dari bilik)
  • Stadium Merdeka
  • Pasar Seni dan Petaling Street
  • KWC Fashion Wholesale
  • LRT, MRT dan Monorel dalam jarak berjalan kaki

Nak cari tempat makan pun sangat senang banyak restoran, kafe dan kedai serbaneka di sekitar hotel. Cie ada nampak 7E juga yang dibuka 24 jam. Kot lapar tengah malam boleh la turun jalan kaki je.

Kemudahan Dan Kelengkapan Dalam Bilik

Air Minuman

Setiap tetamu diberikan air minuman percuma. Bilik Cie ada 4 botol sebab Cie ambil bilik untuk 4 orang. Bagi mengurangkan penggunaan plastik, hotel menyediakan penapis air berpenapis di Aras 10, 12, 14 dan 16 untuk isian semula percuma. Kalau nak refill air boleh je ada dispenser yang terletak di Lobby Lounge. Cie tak refill cukup je 4 botol tu untuk kami 4 beranak.

Soket Kuasa Universal

Semua bilik dilengkapi dengan soket universal. Banyak plug point disediakan. Senang la masing-masing nak charge handphone dan power bank.

Akses Wi-Fi

Wi-fi pun ada disediakan. Laju juga wi-fi hotel ni. Password diberikan bersama dengan room access card.

Iron dan Iron Board

Kat dalam bilik ada disediakan iron dan iron board. Cuma iron board bilik Cie tu macam mereka tersalah pasang kakinya tu so tak boleh nak buka. Jenuh Cie dan husband try pelbagai cara tetap juga tak boleh nak dirikan. Terpaksa la iron baju dan tudung kat bawah je. Cie pun takdela report ke housekeeping. Malas nak call untuk request iron board lain.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Tempat Letak Kereta Percuma

Semua tetamu hotel boleh menikmati tempat letak kereta percuma. Nak naik ke tempat parking tu agak bahaya sikit ruang sangat sempit. Masa kami sampai tu kebetulan ada 1 parking kosong kat Level 1 kami terus parking. 

Masa kami nak turunkan beg tu. Nampak ada sebuah kereta proton saga tu jenuh dia berapa kali undur dan berapa kali ke depan untuk membelok nak naik ke tingkat atas. Rasanya setiap level ada parking kot.

Dari level 1 tu ada lif untuk naik ke bilik. So senang la. Bilik Cie tingkat 10. Semua tingkat ada 18.

Kalau nak keluar boleh bagi nombor plet kereta kat receptionist nanti dia akan klik kat terminal parking machine tu so free jela.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

HojoFIT – Pusat Kecergasan (Aras 18)

Ruang gym ada juga terletak di tingkat 18. Cie tak sempat la naik masuk tengok. Ni pun Cie baca kat buku penerangan yang ada kat bilik.

Kemudahan yang disediakan:

Senaman Kardio

  • Treadmill
  • Cross trainer
  • Basikal senaman
  • Mesin rowing

Latihan Beban

  • Dumbbell
  • Bangku senaman
  • Mesin kabel
  • Barbell

Lain-lain

  • Tikar yoga
  • Ruang regangan

Waktu Operasi: 6:30 pagi – 10:00 malam setiap hari

Foot Massage

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Fasiliti Hotel Yang Disediakan

Walaupun hotel ini nampak ringkas dari luar, tapi kemudahannya sangat memadai untuk penginapan singkat mahupun beberapa hari:

  • Lobi luas dan selesa untuk menunggu atau berehat. Ada sofa disediakan.
  • Keselamatan 24 jam dan CCTV.
  • Wi-Fi percuma yang stabil di semua kawasan hotel.
  • Kemudahan lif disediakan.
Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Kemudahan Dalam Bilik (In-Room Amenities)

Cie menempah bilik Deluxe Room. Ruang bilik besar, selesa dan lengkap:
 
  • Terdapat 2 single bed dan 1 king bed.
  • 2 bilik air. 1 yang ada tandas sahaja. 1 lagi ada tandas dan bathtub.
  • Katil empuk dan bantal selesa.
  • Penyaman udara sejuk dan senyap.
  • TV skrin rata cuma tak banyak siaran boleh tengok. Ada 1 siaran je cerita tamil.
  • Wi-Fi percuma dalam bilik (laju dan stabil).
  • Meja kerja kecil.
  • Cerek elektrik, cawan dan minuman segera.
  • Peti sejuk mini.
  • Tuala dan kelengkapan asas mandi (sabun, shower gel, conditioner dan shampoo, berus gigi serta ubat gigi).
  • Pancuran air panas dan sejuk.
  • Almari pakaian dan penyangkut baju. Ruangan katil ada 2 tapi almari pakaian ada 1 je. 
  • Cermin besar di dalam bilik dan bilik air.
  • Pengering rambut dalam bilik air utama.

Cie paling suka sebab boleh nampak pemandangan Menara Merdeka 118 dari bilik. Waktu malam, lampu-lampu bangunan memang sangat cantik! Terlupa pulak nak snap gambar view menara 118.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Harga dan Cara Tempahan

Harga bilik bergantung pada musim dan platform tempahan. Cie tempah melalui Agoda dapat harga RM337.48. Sangat berbaloi sekali dengan sarapan untuk 4 orang. Cie guna juga shopback so akan dapat cashback la dari shopback. Berbaloi jugak. Meh daftar shopback percuma je boleh guna kalau nak shopping dapat cashback. Klik link Cie ni ye nanti korang follow je step tu. Register Shopback

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118
Cashback dari Shopback

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Boleh juga tempah melalui platform lain seperti booking.com, traveloka, trip.com dan banyak lagi. Atau boleh terus booking melalui website hotel. Cie lebih suka dengan Agoda sebab selalu dapat harga diskaun dan murah dari platform lain.

The Perch Café (Aras 6)

Nikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa dalam suasana yang santai dan selesa. Sama ada untuk sarapan pagi atau makan malam, The Perch Café ada pelbagai pilihan yang memuaskan selera.

Waktu Hidangan

Sarapan: 7.00 pagi – 10.30 pagi
Makan Tengah Hari: 11.30 pagi – 2.30 petang
Makan Malam: 6.30 petang – 9.30 malam
Supper: 9.30 malam – 10.30 malam

Perkhidmatan Bilik (Room Service):

11:30 pagi – 10:30 malam

Kami check in dah pukul 7 lebih. Jadinya malas dah nak keluar pulak cari makan. Belek menu room service biasa je harganya. Cakap kat husband order jela. Husband pun call la room service untuk order spageti carbonara tapi takde tukar kepada spageti bolognese, grilled chicken dan mi goreng mamak.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Sejam dah order tak sampai-sampai. Masa husband order tu dia tak bagitau nombor bilik dan staf ambil order tu pun tak tanya nombor bilik. Husband call semula baru la dalam 15 minit lepas tu mereka hantar makanan dah sejuk. 

Makanan room service sedap cuma tu la spageti bolognese tu versi yang kering takde kuah langsung. Grilled chicken tu sedap sos blackpepper banyak, ada sos cili sekali.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Bayar terus masa mereka hantar makanan tu. Untuk 3 jenis makanan tu RM49. Kira ok la harga hotel macam tu. Biasanya lagi mahal untuk sepinggan tu. Kat hotel ni ok la harganya.

Menu Room Service

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Buffet Sarapan Pagi

7.00 pagi – 10.30 pagi

Kami turun dalam pukul 7.30 lambat sikit tunggu lif lambat. Ada 3 lif tapi semua penuh. Kami sampai kat cafe 6th floor dah penuh orang ramai juga ada dari Indonesia. Tak sure la persatuan apa perempuan pakai jubah hitam dan tudung hijau. Lelaki baju batik. Ada juga persatuan oku bisu, persatuan badminton. Memang ramai stay hotel tu. 

Makanan ada pelbagai jenis tapi Cie tak snap gambar semua tempat buffet sebab terlalu ramai orang ambil makanan takde ruang nak ambil gambar. Cie ambil gambar makanan yang kami ambil je dan beberapa station je.

Makanan kat situ sedap la juga. Puding roti terpaling sedap memang ngam dengan sos vanilla tu. Ada bihun goreng, nasi goreng, ayam masak kicap, bunga kobis tumis, kacang buncis dan cendawan tumis, nasi lemak, pancake, french toast, puding roti, tosai, omelet, bubur nasi, bihun tomyam, salad, kuih muih, aneka pastri, roti, cereal, buah 2 jenis je ada.

Air pulak ada coffee machine, orange juice, guava juice, passion fruit juice, air detoks, teh o, susu panas. Ni jela yang Cie ingat. Cie dan husband ambil coffee last sekali.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Kemudahan Perniagaan dan Mesyuarat

Perkhidmatan Katering dan Mesyuarat
Untuk sebarang acara berkumpulan, mesyuarat atau seminar juga disediakan. Mereka menyediakan ruang serbaguna dan pakej fleksibel mengikut keperluan. Masa kami menginap tu pun ada event juga berlangsung kat situ.

Member ID

Lepas Cie check out dapat message dari hotel bagi member number. Cie try log in tapi tak boleh. Cie try register lain boleh. So dapat la member ID untuk collect point.

Kelemahan di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Cuma ada la sikit-sikit yang Cie rasa tak patut berlaku. Mungkin pengalaman orang lain berbeza dengan Cie. 

Masa kami nak masuk bilik tu, macam biasa la Cie masukkan access card dalam tempat tu tapinya tak terbuka pun lampu. Jenuh Cie terbalikkan pelbagai cara tetap tak menyala. Ah sudah kenapa ni. Cie macam nak tanya receptionist dah.

Masa kami sampai tu ada aunty bilik sebelah tu baru keluar bilik. Dia nak keluar dah sampai kat lif dia patah balik dan dia cakap. Dia kata masuk je pergi kat katil ada suiz lampu on je nanti terbuka la. 

Dia kata ‘a bit pelik sikit hotel ni’. Dia tadi pun jenuh try last sekali dia masuk bilik try je on lampu. Kami masuk la ke dalam guna torchlight handphone je. Hah betul pun kena manually switch on. Hadoi kita biasa kalau cucuk kad tu terus menyala segala lampu. Ni kena manual pulak. Takde function tempat letak kad tu.

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Keseluruhan Pengalaman Menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118

Secara keseluruhan, pengalaman Cie menginap di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118 memang sangat memuaskan. Lokasi yang strategik, bilik yang selesa dan servis yang mesra menjadikan hotel ini antara pilihan terbaik kalau ada plan nak ke KL lagi.

Cie sangat syorkan kalau korang nak stay kat Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118 sebab memang best. Puas hati dapat bilik luas pada harga agak berpatutan. Will repeat again after this.

11 ulasan:

  1. Menarik juga hotel ni. Permandangan Menara Merdeka 118 tu yang mahal tu. Bilik dia selesa, luas dan bilik pun okay. Nampaklah design moden. Berbaloi dengan harga tu untuk 4 orang. Eh murahnya room serving dining dia. Memang berbaloilah kita order macam tu. Kalau tidak, satu plate je dah harga total dah tu. Susah juga ye kalau check in malam, kena on sendiri switch lampu. Dahlah gelap kan.

    BalasPadam
  2. thanks for the review! best sbb bilik ada katil byk dan termasuk bf tu!

    BalasPadam
  3. menarik nampak hotel ni cie. lengkap dan nampak kemas je. err bab tak tanya nombor bilik tu aduhai. last last makanan sejuk lak tiba ye?

    BalasPadam
  4. Okey akak pun x pernah nampak wujudnya hotel ni kat area PNB 118 tu...boleh cuba stay sini...

    BalasPadam
  5. bilik hotel ada bathtub mmg syok...dan lg 1 ada iron board

    BalasPadam
  6. seronok malam boleh ronda-ronda KL

    BalasPadam
  7. Lokasi yang strategik, hotel tu, tengah bandar KL.

    BalasPadam
  8. Not bad jugak hotel ni, strategik tengah2 bandar, bilik luas dan incl breakfast pulak tuu.

    Saya pun selalu shopping or tempah hotel ke guna shopback. Dpt claim banyak jugakk

    BalasPadam
  9. Bagus hotel ni, lokasi strategic, ada breakfast juga.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..dpt tengok view menara 118 tu

    BalasPadam
  11. Tempat letak kad tu selain lampu bilik menyala, aircond pun akan on juga. Pelik juga hotel ni ya?

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.