Aktiviti Hari Ahad
Back to normal routine selepas habis dah tempoh percutian singkat yang dirancang dan tidak dirancang. Husband ajak pergi naik Fraser’s Hill je tapi takde ajak check in mana-mana. Sekadar day trip jela. Sekali isteri dan anak-anak nak check in pulak jadi la yang tidak dirancang.
Last minute fikir nak check in kat mana. Last minute booking hotel mana nak tidur. Begitulah kan kita rancang je apa-apa selebihnya Allah tentukan. Rezeki anak-anak untuk tidur hotel. Nanti Cie share pengalaman stay kat hotel tu.
So hari ni kita share aktiviti hari Ahad sebelum semua kembali bekerja dan bersekolah. Hari ni jela nak settle semua perkara iron baju kerja, beli barang dapur dan sebagainya.
Pagi tadi Cie tak masak. Ajak husband dan anak-anak sarapan nasi kerabu dia Taman Awam Kuala Lipis. Taman awam tu tempat riadah tapi ada sebuah kedai makan kat situ. Orang lain datang brisk walk, excercise. Kami 4 beranak datang makan je. Hihi.
Gerai Inna Taman Awam Kuala Lipis
Sebelum buat apa-apa aktiviti hari ni kena isi perut dulu. Lama tak sarapan nasi kerabu kat Gerai Inna ni. Pagi ni berkesempatan la untuk makan nasi kerabu. Cie order nasi kerabu, sambal paru dan telur masin. Husband nasi kerabu dan ikan keli sambal. Adik Rania dan kakak Raisha nasi kerabu ayam bakar. Husband order juga karipap pusing.
Cie dan anak-anak makan nasi kerabu tak letak sambal kelapa. Kami memang suka makan nasi kerabu kat Gerai Inna ni sebab banyak pilihan lauk, nasi kerabu warna biru. Rasanya pun sedap. Ada juga nasi lemak dan nasi dagang.
Nak makan kat depan kedai pun boleh atau atas kedai. Cie makan kat atas tadi. Tengok burung merpati terbang, tengok geng aunty chinese buat aktiviti kat ruang kosong tu macam menari. Tak sure aktiviti apa.
TF Valuemart
Lepas dah kenyang sarapan kami terus ke TF untuk beli barang dapur. Masuk je TF tengok lengang takde orang sangat. Best la membeli takde orang. Selalunya hari Sabtu ramai orang.
BS Freshmart
Singgah BS jugak sebab husband nak beli ayam. Cie nak beli cili hijau dan cili merah. Kat TF tadi tak fresh dah. Lepas tu Cie beli daun sup, daun ketumbar, mi Gardenia. Daun sup dan daun ketumbar kat TF tu banyak sangat. Kat BS ni kuantiti sikit je.
Iron Baju Kerja
Cie memang iron baju dan tudung untuk pakai pergi kerja untuk seminggu. Tak rajin nak iron setiap hari. Iron sekali arung ni pun malas jugak sebenarnya tapi apa boleh buat baju tudung memang kena iron jugak.
Keropok Lekor dan Tealive
Tadi husband pergi kebun sekejap. Cie mintak husband beli keropok lekok dan pick up Tealive. Cie tak masak lunch. Pagi tadi sarapan dah berat nasi kerabu. Tu yang suruh husband beli keropok lekor jela buat minum petang.
Cie order bang bang milk tea untuk anak-anak dan untuk Cie hazelnut latte.
Petang kang plan nak masak mi udang. Teringin pulak nampak blogger kak SA share resipi mi udang. Cie tak pernah masak mi udang nanti nak try tengok apa kejadiannya.
Lepas dah minum petang beristirehat tengok Nona TV3 jela. Awal minum petang. Hihi
meriah dan padat aktivitinya!! saya dh lama tak naik frasers hill laaa
BalasPadamKalau dah makan berat tu,memang tak masak lunch
BalasPadamKak SA baru sudah iron baju kerja...sedapnya nasi kerabu..
BalasPadamWahh padat aktiviti ya utk cuti 3 hari ni.
BalasPadamMarilah kita bertabah sebab esok dah isnin, pastu the next cuti umum bersambung 1/9 pulak ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Santai-santai je aktiviti lepas bercuti. Macam best lagi kalau duduk makan di bahagian atas tu kan, dapat tengok permandangan yang lebih luas dari aras atas. Sedap nasi kerabu. Kalau saya kena extra ulam-ulaman tu. Agaknya ramai bercuti, itu yang kurang sesak TF tu. Sedapnya keropok lekor buat minum petang.
BalasPadamterpegun dgn nasi kerabus...nampak sedap
BalasPadamSibuk aktiviti hari Ahad Cie sekeluarga. Sedapnya, nasi kerabu.
BalasPadam