Gusi Bengkak

6/18/2025 06:57:00 PTG
Semalam seharian tak mengadap blog. Memang betul-betul takde mood. Biasanya setiap hari mesti ada 1 entry sekurang-kurangnya dan mesti blogwalking blog kawan-kawan.

Isnin baru ni Cie ada rasa macam nak mula sakit gigi. Cie macam pelik jugak la sebabnya geraham bongsu semua dah cabut. Takkan sakit gigi lain pulak. Cie layankan jela sakit tu. Kumur air garam suam. Takde rasa kurang pun. Malam tu Cie makan ubat tahan sakit ok la sikit.

Gusi Bengkak
Sumber gambar: chatgpt

Try juga tanya chatgpt adakah sebab sinus menyebabkan gigi atau gusi sakit dan bengkak. Jawapan chatgpt:

Ya, resdung (sinusitis) boleh menyebabkan gusi terasa bengkak dan sakit berdenyut, terutama pada bahagian gusi atas (rahang atas), disebabkan oleh kedudukan sinus yang berdekatan dengan akar gigi atas.


Cie memang ada masalah sinus juga. Sebelum rasa bengkak gusi tu ada rasa la kat bahagian hidung macam ada bau busuk. Sinus Cie ni lain sikit. Takde selsema, takde terbersin, takde gatal hidung. Cuma akan ada bau kurang menyenangkan kat hidung. 

Cie tengok juga dalam mulut macam bukan sakit gigi. Agaknya gusi kot. Main agak-agak jela sebab cuba tekan dan ketuk-ketuk gigi takde rasa apa. Bila rasa kat gusi tu baru la macam ada rasa sakit.

Semalam Selasa Cie dah start rasa sakit sangat-sangat. Memang makan ubat tahan sakit yang paling kuat tu. Masa Cie jumpa doktor untuk sakit kaki bulan 4 hari tu ada dapat 3 jenis ubat tahan sakit. Mulanya makan yang kedua kuat tu, masih sakit Cie terus makan yang paling kuat tu. Baru la beransur ok rasa sakit tu. Tapi tetap rasa sakit juga cuma boleh tahan la.

Cie tak bercakap sangat. Lebih banyak diam je menahan sakit. Balik kerja semalam tu Cie masak macam biasa. Lepas masak Cie print adik Rania punya kerja sekolah Pendidikan Islam. Membebel dalam hati dan post story kat Instagram. Macam-macam sekolah zaman sekarang ni kena print bagai gambar. Macam mana la kalau student takde printer kat rumah.

Gusi Bengkak

Gusi Bengkak

Masa duk mengadap laptop dan printer ni Cie dah start rasa macam seram sejuk, kepala pening. Pelik jugak biasa lepas masak memang panas berpeluh la kat dapur. Siap je print kerja sekolah adik Rania tu Cie terus mandi. Dah rasa sejuk. Lepas siap pakai baju apa semua Cie baring.

Konon nak la mengadap blog buat 1 entry. Sekali mata macam kena gam mengantuk. Sambil sakit berdenyut jugak. Cie pun terlelap kejap pukul 6 lebih. Tersedar masa azan Maghrib Cie pun bangun solat. Sakit masih lagi tak berkurang pun.

Malam tadi lepas dinner Cie makan lagi ubat tahan sakit. Try tengok kat depan cermin. Suluh pakai torchlight handphone sekali tengok la gusi bengkak rupanya patut la sakit tak boleh bawak bincang. Sure la kena infection dah ni sebab tu bengkak. Masa gosok gigi pun ada darah.

Pagi tadi rasa kurang sikit sakit dan bengkak tu pun macam dah surut sikit berbanding malam tadi merah betul tempat bengkak tu. 

Masuk office memang banyak diam je. Staf pun tak berani nak tegur tengok Cie masam je. Bila tau Cie bengkak gusi baru la mereka berani nak tanya.

Nak makan pun sakit kena kunyah sebelah je. Cie kunyah sebelah kanan jela. Yang sakit ni sebelah kiri atas. Masa tunduk pun sakit. Bercakap pun dah sengau suara. Masalah hidung Cie belah kanan yang doktor pernah cakap tulang hidung sempit tu.

Hari ni nampak berkurang dah bengkak tu cuma masih sakit berdenyut-denyut. Kalau ikutkan nak je pergi dental tapi tu la kerja banyak pulak nak kena settle nanti tertangguh pulak. Kalau pergi dental ni mesti dentist bagi antibiotik dan ubat kumur. Esok la agaknya kalau tak busy sangat nak pergi check.

Selain dari masalah resdung ni ada juga punca lain gusi bengkak ni. Cie tanya chatgpt.

PUNCA-PUNCA BIASA GUSI BENGKAK & TANDA-TANDANYA


Plak atau Karang Gigi (Gingivitis)

  • Gusi bengkak, merah, dan mudah berdarah waktu gosok gigi.
  • Tiada nanah, tapi rasa tak selesa.
  • Nafas mungkin berbau.
  • Sakit ringan.
Rawatan: Scaling (cuci gigi), ubah cara gosok gigi

Jangkitan Gusi (Periodontitis)

  • Gusi bengkak dan sakit.
  • Mungkin ada nanah atau gusi meleleh.
  • Gigi rasa longgar.
  • Nafas busuk.
  • Gusi makin turun (nampak akar gigi)
Rawatan segera perlu: Scaling mendalam atau ubat

Abses Gusi (Dental Abscess)

  • Bengkak berisi nanah, rasa berdenyut kuat.
  • Sakit sangat bila tekan.
  • Muka mungkin bengkak sebelah.
  • Rasa demam atau panas badan.
  • Nafas sangat berbau
Bahaya kalau lambat rawat. Mesti jumpa doktor gigi segera. Perlu antibiotik dan mungkin pembedahan kecil.

Kesan Sakit Gigi (Akar rosak, gigi berlubang)

  • Bengkak di bahagian gusi berdekatan gigi yang sakit.
  • Berdenyut bila baring.
  • Rasa macam gusi “berisi”.
Perlu tampalan, rawatan akar, atau cabutan


Resdung (Sinusitis)

  • Kadang-kadang gusi atas terasa sakit.
  • Tak nampak merah atau bernanah.
  • Sakit lebih kepada pipi, dahi, atau mata.
  • Hidung tersumbat/lendir kuning/kehijauan.
Biasanya bukan punca utama gusi bengkak, tapi boleh jadi faktor tambahan

Hopefully bukan la penyakit yang merbahaya dan semoga cepat la surut bengkak ni. Esok la kita jumpa dentist. Dah la penakut dengan dentist. Nak mengadap dentist ni haiiiihhhh berdebar lain macam.

5 ulasan:

  1. Dulu pernah buat rawatan akar jugak, pastu trus cabut gigi tu sbb dah rosak. Tak tahan sangat sakit berdenyut

    BalasPadam
  2. Bab ni paling x suka...ada seriau melibatkan gigi dan gusi

    BalasPadam
  3. Bab sakit gigi, lepas tu bengkak memang tak boleh bawak bincang dah. Moody dan emo jadinya. Sakit dia boleh bawa ke kepala. Better jumpa dentist terus dari melarat menahan sakit. Semoga dipermudah dan segera sembuh sakitnya. Aamii...

    BalasPadam
  4. Jommm pegi Dentist!!.😁😁 Don’t worry.. tak sakit lah Cie. Aritu masa gusi I bengkak, Doktor bagi ubat kumur.

    Ni tak tau la bila nak pegi lg, raya aritu ada sakit juga kejap, tetiba dah sembuh tros nak pegi pun memikir2. Tapi harus pegi walaupun dh tak sakit.

    BalasPadam
  5. Zaman sekarang nie memang lah.. Tu yg buku2 tadika adik2 tak buang lagi.. Senang nak cari gambar2..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.