Kali Pertama Masak Rendang Hitam

6/16/2025 07:35:00 PTG
Raya Haji baru ni jiran depan rumah bagi daging kerbau. Kalau tak silap Cie dia buat akikah anak dia. Banyak juga 1 plastik agaknya dalam sekilo kot. Cie pun tak la timbang. Terus simpan dalam freezer.

Sabtu baru ni Cie hiris la dan rebus dalam periuk noxxa HP 35 minit. Dah lepas rebus dapat banyak jugak. Cie ambil sikit untuk buat mi goreng daging. Selebihnya tu Cie simpan dalam fridge je.

Plan nak buat rendang hitam. Cie tak pernah masak rendang hitam. Selalunya Kak Long Cie masak. Dia memang expert la masak rendang hitam terpaling sedap semua family kami memang suka. Tiap kali raya memang Kak Long masak rendang hitam 5-6kg daging. Cepat je habis.

Cie tak makan sangat daging nanti akan sakit gigi. Sebab tu takde beli daging kat rumah ni. Jumpa daging waktu raya korban je. Kecuali kalau teringin sangat nak makan baru la beli dan akan makan sikit je. Ataupun makan kat kedai Mikha Sup tu mintak sup campur ada la daging.

Air rebusan daging pun Cie simpan. Boleh juga buat masak macam-macam nanti sebagai kuah sup ke apa. Ada jela kegunaannya nanti. Simpan je dalam freezer tu tahan je lama.

Semalam Cie pun buat la rendang hitam resipi Kak Long yang Cie ingat-ingat lupa. Malas nak tanya dia so buat jela pandai-pandai sendiri. 

Mulanya Cie google rendang hitam Pahang semuanya bahan macam-macam banyak pulak tu. Kakak Cie takdela guna rempah ratus pelbagai tu.

Ada yang letak 4 sekawan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang. Ada yang letak jintan manis, jintan putih, ketumbar. Ada juga letak kunyit hidup, daun kunyit dan macam-macam lagi la bahan.

Resipi Kak Long Cie tak letak pun semua bahan tu. Bahan yang asas buat rendang je dan yang pasti rendang hitam letak kicap nak bagi hitam tu.

Cie pun buat la dengan bertarung nasib  sama ada menjadi atau tak ni. Cie pernah tolong Kak Long sediakan bahan. Jadinya masih terakam la kat memori bahan-bahannya tu. Kalau tak sedap pun telan jela.

Cumanya Kak Long Cie dia tak rebus dulu daging tu dan dia terus masuk daging mentah selepas bahan tumis masak. Lama nak masak tu 3-4 jam kot sampai daging tu empuk la. Cie takde kesabaran la nak menunggu lama-lama tu. Kalau rebus siap-siap daging masa memasak tu jadi singkat la. Lama tumis bahan tu je. 

Kak Long masak rendang hitam selalunya guna daging lembu. Cie guna daging kerbau la memandangkan ada daging kerbau je.

Kali Pertama Masak Rendang Hitam

Resipi Rendang Hitam

Bahan-bahan Rendang Hitam

500gm Daging
1 biji Bawang besar (kalau kecil kena 2-3 biji)
* separuh hiris nipis
* separuh blend
2-3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
6-7 batang serai 
1 senduk cili kering blend
Sedikit kicap
Sedikit bahan perasa
Minyak

Cara Membuat Rendang Hitam

1. Daging rebus dalam periuk noxxa HP 35 minit. Air rebusan jangan buang. (Kalau takde periuk noxxa, boleh rebus dalam periuk biasa sampai empuk).

2. Blend bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas, serai dengan air rebusan daging hingga hancur.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga layu.

4. Masukkan bahan blend dan cili kering blend. Kacau sekali sekala dan biarkan seketika.

5. Bila dah agak pecah minyak bahan tumisan tu masukkan daging yang dah direbus tadi. Masukkan air rebusan lagi. Biar je hingga mendidih cuma kacau sekali sekala takut berkerak bawah kuali.

6. Bahan tumisan dah agak sebati dengan daging tu boleh la masukkan kicap dan bahan perasa. Kacau sekali sekala dan biarkan hingga air agak kering sikit.

7. Bila dah secukup rasa, air dah kering boleh tutup api dan angkat.

Kalau nak lagi sedap dan banyak seredak rendang tu boleh banyakkan bawang besar. Hiris je tak perlu blend. Nanti masa proses memasak tu bawang besar akan hancur.

Alhamdulillah walaupun pertama kali masak rendang hitam tak sangka menjadi sedap sama macam Kak Long Cie masak. Anak-anak pun kata sama.

Cie post kat status whatsapp pun ada kawan mintak resipi. Hahaha. Padahal pertama kali buat rendang hitam pun orang nampak sedap je terus mintak resipi. Staf Cie yang selalu Cie tempah makanan dengan dia tu pun kata menjadi dah tu Cie masak rendang hitam. Hihi.

Lepas ni raya boleh la masak rendang hitam daging pulak. Selalunya Cie masak rendang ayam. Tak confident nak masak rendang daging. Bila dah menjadi ni boleh masuk list menu raya tahun depan kalau panjang umur.

Cie masak jugak pulut 2 cawan. Makan dengan rendang. Pulut tu mulanya Cie masak dalam rice cooker. Belum masak lagi tapi rice cooker dah naik button warm. Cie pun salin dalam mangkuk stainless steel terus masuk pengukus.

Kali Pertama Masak Rendang Hitam

Elok lembut je kejadian pulut Cie tu. Mujur la masak jugak. Mulanya dah risau takut tak jadi pulut. Cie buat 2 cawan beras pulut, 2 cawan air + santan, secubit garam, daun pandan.

Kali Pertama Masak Rendang Hitam

Konon nak masak dalam rice cooker je. Tak payah la keluarkan pengukus. Dah jadi 2 kali kerja kena kukus jugak. Pernah je sekali hari tu masak dalam rice cooker tak guna santan jadi je. Kali ni tak jadi pulak agaknya sebab guna santan kot. Entahla.

Kalau masak banyak boleh guna periuk noxxa tapi sebab 2 cawan je cuma 1% je memenuhi inner pot tu takut jadi kerak je. 

Cie bagi kat jiran sikit pulut dan rendang Cie semalam tu. Mulanya tak berani nak bagi takut tak sedap. Bila dah makan sendiri rasa sedap baru la Cie bungkus bagi jiran.

Kali Pertama Masak Rendang Hitam

Biasanya anak-anak Cie call anak jiran suruh keluar. Semalam call tak angkat. Cie pun letak jela atas tembok pagar tu lepas tu whatsapp je kat jiran suruh ambil. Macam ni la kami berbagi makanan. Kadang-kadang jiran bagi letak atas tembok gate Cie. 

Walaupun dah makan semalam, dah bagi jiran ada banyak lagi rendang hitam Cie. Kakak Raisha tak sekolah hari ni dapat cuti peristiwa sekolah dia ada perkhemahan bersepadu Jumaat hingga Ahad so hari ni dapat cuti. 
Kakak Raisha makan rendang hitam dengan nasi. Pagi tadi sebelum pergi kerja Cie masak nasi. Kesian pulak takut dia lapar. Babahnya cuma beli 1 je roti coklat semalam sebab kakak pesan nak 1. Babahnya lurus sangat. Hahaha.

Mujur juga Cie masak nasi pagi tadi. Ingatkan sempat la sampai tengahari adik Rania balik boleh makan nasi. Rupanya kakak Raisha dah habiskan katanya lapar. Lepas ambil adik Rania tadi singgah la beli makanan.

3 ulasan:

  1. waahhh Cie buat rendang hitam! haah tngok resepi org lain letak mcm-mcm bahan & lama buatnye hehe

    BalasPadam
  2. rajin dan pandai memasak rendang., hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.