Review Walking Pad Murah Dari Shopee
Sejak dah rasa berat badan kemain naik ni tibalah masanya Cie kena mula excercise semula. Tahun 2022-2023 dulu dah dapat berat ideal selepas konsisten Intermitten Fasting (IF) dan excercise.
Lepas dah dapat tu mula dah kurang rajin nak excercise. Cuma Cie masih buat IF on weekdays je hari bekerja. Kalau cuti memang tak buat.
Siap beli excercise bike kat Shopee tahun 2021 dulu. Mula-mula jela rajin lepas tu jadi tukun je dah excercise bike tu kat porch dan Cie nak jual dah tu. Guna sampai 2023 je rasanya lepas tu dah malas nak mengayuh.
Bulan 12 2024 Cie beli pulak mini stepper. Tu pun terpengaruh tengok orang excercise guna mini stepper tu. Best jugak guna stepper tu. Cuma sejak kaki Cie sakit dah tak boleh nak guna stepper tu. Cie ada jatuh terpeleot bulan 4 hari tu kat depan pasaraya TMG. Sejak tu la kaki masih sakit sampai sekarang.
Bulan lepas Cie post kat status whatsapp nak jual. Terus ada pembeli nak beli. Settle dah berpindah tuan. Mini stepper tu masih elok jarang juga guna. Dan beberapa bulan sampai sebelum Ramadan je. Lepas tu dah tak guna.
Sekarang sejak dah takde masa nak brisk walk, dah malas nak mengayuh excercise bike maka nya kena cari something yang boleh gantikan brisk walk.
Cie ada tengok pengacara WHI TV3 Uyaina Arshad walking atas walking pad dan ada beberapa orang yang Cie tengok kat Instagram mereka guna walking pad yang beli kat Shopee. Feedback tengok mereka nampak slim dah.
Akhirnya Cie nekad untuk beli walking pad kat Shopee lepas baca review kat Shopee. Memang nak burn kalori dengan walking pad tu. Nak control makan memang susah.
Kenapa Cari Walking Pad?
Cie memilih untuk beli walking pad sebab Cie rasa ni je cara Cie untuk excercise nak bakar lemak. Umur dah makin meningkat ni kena capai ideal weight. Nak kena ada aktiviti sihat setiap hari. Boleh excercise kat dalam rumah je tanpa perlu keluar rumah.
Kenapa Pilih Beli di Shopee?
Pilihan harga pelbagai mengikut bajet
Di kedai fizikal walking pad mahal sikit harganya. Kos minyak lagi untuk ke kedai. Di Shopee Cie jumpa serendah RM369.90 selepas diskaun baucar.
Cie beli kat seller Shopee RIFOAM-1 waktu live dapat banyak diskaun. Lagipun brand Rifoam ni ok kukuh.
Review Video Pengguna
Cie tengok gambar dan video pengguna berjalan di atas walking pad yang dijual jauh lebih meyakinkan daripada gambar katalog. Cie tengok dan baca setiap review baru la berani add to cart.
Penghantaran Terus Ke Pintu
Cuma hari tu Shopee Express tu tak boleh hantar katanya tak muat kereta dia. Cie pun balik kerja singgah la ambil. Letak dalam kereta Cie kena turunkan 1 seat belakang. Ngam la dari bonet tu masukkan kotak tu.
Spesifikasi Walking Pad
Harga dan Promosi
- Harga: RM369.90
- Program Perkhidmatan Produk: RM7.99
- Kos Penghantaran: RM23.60
- SST Kos Penghantaran: RM1.42
- Voucher Shoppe -RM39.95
- Voucher Kedai -RM36.99
- Jumlah: RM325.97
Saiz dan Berat
- Panjang walking pad: 100cm
- Dimensi (panjang x lebar x tinggi):111.5 x 55.5 x 17cm
- Open handrail (panjang x lebar x tinggi):111.5 x 55.5 x 97cm
- Berat walking pad :16kg
- Had berat pengguna:200kg
Fungsi Utama
Paparan LED: masa, jarak, kalori, kelajuan
Aksesori: kit alat, wireless remote control, user manual
Proses Penghantaran dan Unboxing
- Pesanan dibuat 1 Jun 2025 (Ahad), sampai 5 Jun 2025 (Khamis).
- Kotak tebal + foam pad penuh, tiada kemek. Tiada pemasangan, keluarkan dari kotak, hidupkan suis, jalan! Cuma nak pasang tempat letak handphone je. Tak susah pun tools diberikan. Handle pun ada diberikan skru.
Pengalaman Guna Walking Pad di Rumah
Ruang dan Saiz
Tak makan ruang yang banyak pun. Macam Cie letak tepi meja makan yang memang ada ruang kosong kat situ dan ada plug. So takdela simpan lepas guna kat situ jela.
Kebisingan dan Kelajuan
Tak bising sangat. Ada bunyi tapak kasut masa kita berjalan. Bunyi walking pad tu pun tak kuat sangat.
Ketahanan dan Penyelenggaraan
Selepas hampir dua minggu penggunaan tiada apa-apa masalah. Cie dah kumpul 33.32km. Ada juga diberikan minyak pelincir.
Kelebihan vs Kekurangan
Kelebihan
- Kompak dan boleh lipat: jimat ruang kritikal. Harga mesra poket.
- Boleh guna walking pad dalam rumah je.
Kekurangan
- Tidak sesuai lari laju
- Dek berjalan agak sempit bagi orang bertubuh tinggi > 185 cm.
- Perlukan pelincir berkala dan kalau lupa, tali cepat kering dan berbunyi.
Tips Penggunaan Walking Pad
Letak Di Permukaan Rata dan Kering
Pastikan walking pad diletakkan atas lantai yang rata, tidak licin dan bukan atas karpet tebal. Ini untuk elakkan ia bergoyang atau motor cepat rosak.
Mulakan Dengan Kelajuan Rendah
Untuk permulaan mulakan pada kelajuan speed 2-3 dulu. Biasakan diri dengan permukaan dan irama jalan, baru naikkan kelajuan.
Pakai Kasut Sukan Sesuai
Elakkan guna selipar, kasut bertumit atau berkaki ayam. Kasut sukan ringan dengan tapak grip lembut paling sesuai untuk elak kecederaan dan jaga permukaan pad.
Gunakan Mode Manual / App
Kebanyakan walking pad ada remote control atau app. Kawal kelajuan dengan mudah dan rekod jumlah langkah, jarak dan kalori untuk pantau kesihatan. Tapi Cie track record guna smart watch.
Elak Berjalan Lama Tanpa Rehat
Bagi permulaan: 15–30 minit sudah mencukupi. Jika guna untuk excercise, rehat setiap 45 minit untuk elak keletihan otot kaki dan punggung.
Bersihkan Secara Berkala
Lap bahagian permukaan dengan kain lembap selepas guna. Bersihkan habuk dari celah motor untuk elak overheating.
Lipat dan Simpan Dengan Betul
Selepas guna, lipat dan simpan di tempat kering. Jangan biar walking pad terdedah kepada cahaya matahari, air atau kawasan lembap seperti bilik mandi.
Pelinciran (Lubrication) Berkala
Ikut manual yang diberikan. Biasanya perlu letak pelincir silikon setiap 2-3 bulan pada bawah tali berjalan (belt). Ini bantu kurangkan geseran dan panjangkan jangka hayat motor.
Jangan Lebih Had Berat
Rujuk spesifikasi, kebanyakan walking pad maksimum 90–120kg. Elak guna melebihi had berat kerana boleh cepat rosak.
Gunakan Dengan Tujuan Yang Betul
Walking pad direka untuk berjalan atau brisk walk, bukan berlari laju. Kalau nak joging atau larian, gunakan treadmill khas untuk itu.
Kesimpulan
Selepas hampir 2 minggu, Cie rasa walking pad Shopee ni betul‑betul berbaloi untuk Cie turunkan berat badan. Lebih kurang 2kg dah turun ni. Nanti kalau dah berjaya turunkan berat Cie share lagi.
Wah menarik ni...boleh la akak skodeng...nak briskwalk memanjang xde masa kan...at least bleh spend time 1-2 jam atas walking pad ni
BalasPadamkita pn lama tk exercise...tp sblum ni pn husband je slalu ajak..briskwalk kt atas treadmill je...bkn briskwalk outdoor...all the best cie guna walking pad tu
BalasPadamWahhh..Menarik nih...semoga cie terus istiqomah...Sy dah capai berat ideal dgn tinggi..Tapi berat ideal ni masih buat sy rase mcm berisi...=D
BalasPadamMurahnya harga dia n jeles lah 2 minggu je dh turun berat 2kg! Saya ada masa bersenam pun hujung minggu je huhu
BalasPadamKat rumah saya ada stepper tu, kalau bersenam tu tiap2 malam boleh kurua gak tak?
menarik dan comei jerk....senang nk simpan
BalasPadamduk ushar jugak walking pad ni & add to cart.. ghisau bila beli nti jadi tmpt sangkut tuala je ehehehe
BalasPadam