Lunch Di Che Ngah Cafe

6/15/2025 03:36:00 PTG
Hari ni Cie tinggal sorang je kat rumah dari pukul 8 pagi sampai la 12.30 tengahari. Husband kena kerja hari ni pukul 7.45 pagi dah keluar rumah. Kakak Raisha ada program unit beruniform dari pagi sampai 12.30. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK 8 pagi sampai 12.30.

Kebosanan juga sorang-sorang. Cie iron baju kerja untuk 5 hari. Lepas dah iron baju Cie berjalan atas walking pada dapat 3km lepas tu blogwalking blog, scroll social media. Tu jela aktiviti Cie.

Masa tengah charge handphone sempat la Cie siapkan bahan untuk buat rendang daging petang ni. Husband dah beli beras pulut. Dinner pulut dan rendang jela agaknya ni kang.

Pukul 12.30 Cie keluar rumah adik Rania baru balik terus naik kereta nak pergi ambil kakak Raisha pulak. Sampai pintu utama sekolah kakak Raisha takde lagi pelajar yang keluar.

Tak lama lepas tu ada dah kawan kakak tapi dia takde. Kebetulan Cie parking sebelah kereta mak kawan kakak. Cie duk tengok handphone sekali kawan kakak ketuk tingkap. Dia kata Raisha balik ikut pintu sana. Cie pun ke sana la. Gate yang kedua.

Pagi tadi hantar kat gate utama sebab gate kedua tu tutup lagi. Dah cakap kat kakak tadi nanti tunggu gate utama tu boleh pulak dia lupa. Cie call tak angkat. Hangin la Cie.

Sampai je gate kedua tu kereta punya la banyak masing-masing nak ambil anak. Sampai stuck tak boleh nak ke depan dah. Ada pelajar yang camping sejak hari Jumaat. Kakak Raisha tak join camping cuma datang hari ni je untuk penutup.

Cie terpaksa turun kereta jalan kaki nak jemput kakak Raisha kat depan gate. Mujur dah separuh Cie jalan kakak dah nampak. Dah la tengah panas kena jalan. Kepala terus jadi pening. Dengan rasa nak marah lagi. Masuk je kereta siap kena bebel.

Terus gerak ke Che Ngah Cafe sebab dah plan dengan anak-anak nak lunch kat situ. Minggu lepas pergi situ nasi dah habis. Tadi kami sampai pun penuh mujur ada 2 meja kosong. Cie terus order makanan kat kaunter dan bayar. Nanti pesanan akan dihantar ke meja. Cashier bagi nombor kat kita untuk letak atas meja.

Cie order 3 nasi goreng ayam. All the time favourite kami kat sini. Lepas tu order ice lemon tea, passion fruit, manggo smoothie. Semua sekali total tadi RM47.40.

Lunch Di Che Ngah Cafe

Lunch Di Che Ngah Cafe

Lunch Di Che Ngah Cafe

Tak lama pun tunggu minuman dan makanan sampai. Sepanjang kami duk situ ramai juga masuk kedai tu nak order tapi pukul 1 macam tu nasi dah habis so takde menu nasi goreng. Sikit sangat kot masak nasi.

Macam minggu lepas kami datang pukul 2 pun dah takde nasi goreng. Agaknya ada limit je setiap hari mereka masak. Tinggal menu mi, kuetiau, bihun dan western je.

Rugi jugak kalau mereka sediakan je menu nasi goreng tu banyak mesti bertambag customer. Cie tengok tadi bila cashier kata nasi dah takde kebanyakkan customer terus keluar tak jadi nak makan. 

Best seller kat situ nasi goreng ayam agaknya. Memang sedap pun. Nasi goreng style chinese ada telur dan daun bawang je dalam nasi tu. Ada ayam goreng celop tepung yang garing dan rangup serta cili potong kicap.

Kakak Raisha makan tak habis tadi sebabnya dia dah makan kat sekolah. Dia makan separuh je. Separuh lagi adik Rania la habiskan. Dah siap makan kami pun balik.

Sempat singgah Ten Ten nak cari tudung sekolah kakak. Pusing semua tempat takde dah jual tudung. Terus keluar masuk 7E Cafe pulak beli sandwich dan ice latte. Lepas tu terus balik. 



4 ulasan:

  1. Cantik nasi goreng ayamnya tu.
    Wah, mango smoothie, my fav!

    BalasPadam
  2. Pukul 1-2 tu biasanya orang cari nasi lagi... Rugi la kalau pelanggan tak jadi makan sbb nasi habis kan...
    Banyak juga si adik makan hehe ...tp bagus, tak membazir 👍🏻

    BalasPadam
  3. wlupun nasi goreng ayam dia simple je sllu sold, itu tandanya menu tu org suka.. sptutnya buat la lebih hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.