Order Marrybrown Guna Foodpanda

6/20/2025 08:54:00 PTG
Malas masak? Jangan risau kita Food Panda je. Mudah kerja kita. Yang penting perut kita dan anak-anak terisi. Tanya anak-anak nak makan apa selalu tak membantu. Better ibu je buat keputusan selalunya anak-anak ikut je.

Husband belum balik dari kerja luar. Tanya dia katanya dekat pukul 8 baru sampai. Macam lambat je nak tunggu dia balik bungkus makanan. Si adik Rania dah sibuk lapar. Terus la terdetik idea nak order Marrybrown guna Food Panda jela.

Cie nakkan mushroom soup Marrybrown tu sedap Cie suka. Order mantou jugak cicah dengan mushroom soup. Untuk anak-anak Cie order ayam 5 ketul mix original and spicy, cheezy wedges. Ada diskaun pulak hari ni RM10 berbaloi jugak klik order. Delivery free je. Cuma ada charge container/processing fee dan SST. Boleh jela asalkan tak payah keluar rumah.

Order Marrybrown Guna Foodpanda

Makanan sampai tadi adik Rania keluar ambil. Senang order Food Panda ni boleh tracking rider berada kat mana. Senang kita nak standby sarung tudung ke tukar baju ke apa. Cie selalu suruh anak-anak jela keluar ambil makanan.

Order Marrybrown Guna Foodpanda

Makanan sampai je terus la dinner. Cie mintak mix hot and spicy, yang dapat seketul je ayam spicy. 4 ketul lagi original. Mantou Cie order tapi yang dapat sweet bun. Ayam pun kecik dah Marrybrown ni. Dulu besar la jugak. Pernah la wing terlalu kecil tapi dia bagi 2 ketul. Takpela dah sampai pun makan jela kan. 

Order Marrybrown Guna Foodpanda

Order Marrybrown Guna Foodpanda

Fast food ni ada SOP. Bila staf tak jaga SOP memang out la semua makanan. Cie ni ada la pengalaman jadi Assistant Restaurant Manager KFC setahun rasanya. Bukan la full setahun tu sebabnya 6 bulan kena training dulu. Training KFC dasyat ye. Lagi-lagi kalau dapat Training Officer garang. Habis la kau kena grill cukup-cukup. Hahaha.

Masa training kena hafal shelf life product, kena hafal suhu produk. Kena tau cara nak breading ayam, cara nak marinade ayam hot and spicy tu, kena tau macam-macam SOP yang Shaklee dah sediakan. Dari sekecil-kecil perkara sampai la sebesar-besar perkara.

Macam fries KFC tu jangka hayat selepas goreng 7 minit je. Kalau selepas 7 minit tak terjual dah kena discard. Tak boleh jual. Kalau jual kita dah langgar SOP. Setiap makanan yang siap dimasak kena catat masa. Ayam pun ada tempoh. Ada yang setengah jam, ada yang sejam depends berapa banyak kita masak. 

Burger pun sama ada jangka hayat dia tak boleh jual burger melebihi jangka hayat. Kalau jual jugak dan ada customer complaint masak kau nak menjawab. 

Cie dulu training KFC kat KL. Duduk kat hostel atas KFC Jalan Ipoh tu. Mulanya tempat training Cie kat KFC Selayang Mall. Lepas tu baru tak sampai sebulan kot Cie kena tukar training di KFC Maju Junction pulak. Tu kalau training kat restoran la. Training Centre kat Kelana Jaya. Ulang alik la Jalan Ipoh ke Maju Junction, Jalan Ipoh ke Kelana Jaya.

Ada masa kalau training kat Maju Junction tu tumpang kereta kawan sama-sama training. Naik bas, naik train semua merasa dah around tahun 2006 kalau tak silap Cie betul-betul selepas grad Poli dulu. Batch 1/2006 ARMT. Assistant Restaurant Manager Trainee. 

First posting Cie kat KFC Genting Highlands. Selepas habis training 6 bulan kena posting dan final exam. Kalau pass baru la dapat title Assistant Restaurant Manager tu. Dah buang la perkataan trainee tu. 

Alhamdulillah masa exam tu Cie pass. Cie yang first exam dalam batch Cie. Lepas tu apa soalan yang Cie ingat share pulak dengan kawan-kawan. Sebab kami kena exam kat restoran yang kami posting tu. Operation Manager area kita tu la yang jaga exam. Seingat Cie nama OM masa tu Mr Ong kot. Dia mengadap Cie jawab exam weh mau tak berdebar. Jawab exam dalam KFC dengan orang bising, orang lalu lalang. Memang hilang fokus. Mujur dapat jawab dan lulus. Area Manager Cie masa tu Mr Amir. OM dan AM ni mereka akan jaga beberapa outlet.

Ramai je yang sama batch dengan Cie tak tahan sampai posting. Ada yang sebulan dan quit, ada 2 bulan, ada yang dah nak posting quit, ada yang dah posting takdan exam quit. Kalau tak silap Cie sekarang batch Cie yang masih kerja KFC ada sorang. Rasanya dia dah jadi OM dah. Kalau Cie stay dengan KFC dulu rasanya Cie pun dah jadi OM atau maybe jadi training officer dah.

Masa kerja KFC tu la dapat offer Ijazah Sarjana Muda Hospitaliti (kalau tak silap lupa dah lama tahun 2007 kot) kat UUM. Seminggu sebelum daftar baru dapat surat. Cie tolak sebab tak sempat nak prepare apa-apa. Nak resign pun kena notice sebulan kalau tak nanti kena bayar pulak ke KFC tu. Tapi tu la akhirnya resign jugak kerja KFC.  

Banyak pengalaman kerja KFC ni. Cie ingat lagi Training Officer pernah cakap, siapa resign dari KFC dan cari kerja lain akan laku macam pisang goreng panas sebabnya training KFC antara training terbaik seluruh fast food. Memang betul pun lepas Cie resign KFC apply kerja mudah je nak dapat dan beberapa bulan je menganggur lepas resign terus dapat kerja.

Pagi tadi kat Hot FM ada topik pasal resign tapi takde plan apa-apa pun lepas resign tu. Macam Cie la resign tapi takde kerja pun. Hahaha. Lagi berani padahal masa tu dah beli kereta kenari merah weh. Ayah sambung bayar masa Cie takde gaji tu. Mujur la dapat jugak beberapa kerja sebelum dapat kerja kerajaan sekarang ni.

Lepas resign KFC, Cie apply kerja manager Coffee Bean. Dan seminggu je training Cie tak tahan bau kopi dia kuat sangat naik pening kepala. Lagipun masa tu macam tak best je training Coffee Bean tu. Kita dah biasa training KFC, bila training biasa-biasa ni macam tak mencabar.

Resign lagi. Lepas tu apply pulak kerja Site Clerk kat company construction. Main hentam je kan padahal ada Diploma Pengurusan Hotel dan Katering. Konon dah taknak kerja berkaitan makanan. Acah-acah sangat kan.

Bila dah dapat kerja tu kena training kat HQ dulu sebelum dihantar ke mana-mana site project. Tiba-tiba bos HR tu taknak bagi Cie pergi site. Dia suruh General Clerk yang baru beberapa bulan kerja situ pergi site dan Cie ambil alih tugas kakak tu. Cie takut jugak masa tu sebabnya risau takut kakak tu tuduh Cie caras dia. Mujur la kakak tu ok je.

Masa Cie nak resign bos HR tak bagi. Cie tipu dia Cie cakap nak sambung belajar. Dia kata takpe belajar jela sambil kerja dan dia nak offer gaji tinggi. Cie taknak dah. 
Cie dapat pulak offer HR Assistant kat Sushi King HQ. Macam best pulak kerja HR tu yang konon-konon nak sambung belajar Degree Human Resource kat UTM Space Jalan Semarak KL. Dah apply dapat tapi tak pergi daftar. Kalau tak mesti dah ada degree HR.

Akhirnya resign jugak kerja HR Assistant tu sebab dapat kerja kerajaan sekarang ni. Cie resign bulan 10-11 tahun 2008 rasanya. Cie lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 1 Disember 2008. Posting di Hospital Jengka. 

Tahun 2009 apply pulak belajar ePJJ Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Tak sampai 1 sem pun. Exam semester 1 Cie dah quit. Lecturer pujuk masa tu. Dia cakap rugi la Cie rajin hantar assignment dah nak habis 1 sem tinggal nak jawab exam je. Entahla masa tu macam tak larat nak commit.

Tak berjodoh nak ada degree. Takpela diploma pun ok je rezeki dapat jugak kerja. Dah 17 tahun dah sedar tak sedar jadi Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.

Tadi asalnya cerita order Marrybrown guna Food Panda je. Tiba-tiba sampai ke pengalaman kerja la, pasal sambung belajar la. Haihhhh rajin betul flash back memory lampau. Terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis. Hihi.

11 ulasan:

  1. Banyak kenangan Cie.
    Mahal harga semua pengalaman hidup tu. Seronok pula baca. Baru tahu ada tempoh masa makanan selepas dimasak untuk dijual. Kentang goreng tu kejap jew masa hayatnya ye...7 minit saja!

    BalasPadam
  2. Kalau guna food delivery ni kalau ada kupon/voucher tu sangat berbaloi. A'ah lah ayam dia saiz dah kecik. Hmmm...sedih tengok dapat macam tu. Dah lah kita bayar mahal kan. Bagus Cie ada pengalaman dalam bidang F&B. Takpelah, rezeki dapat kerja sekarang. Allah dah aturkan apa yang terbaik buat kita.

    BalasPadam
  3. saya dh lama jugak tak guna foodpanda, biasa guna grab jer

    BalasPadam
  4. sekrg ni mudah, takde cash pun ok, semua online...wahh..Maju Junction, kenangan tu..dulu office depan MJ ni...pernah gak makan di KFC...hehe..

    BalasPadam
  5. Pengalaman kan Cie.pengalam pahit manis dalam kehidupan..

    BalasPadam
  6. Wah banyak pengalaman akk..
    Seronok baca. Alhamdulillah sekarang dah kerja lebih baik. Semua tinggal kenangan

    BalasPadam
  7. Seronok baca pengalaman akak dlm bidang fnb ni. Kualiti makanan skrg dgn dulu banyak lain rasanya terutama dri segi saiz

    Haritu ada beli ayam marrybrown, tak suka sangat sbb masin gila rasa dia. Saya marrybrown ni suka burger dgn bubur jelah gamaknya

    BalasPadam
  8. Sabtu yg malas sebab ayah Aqil kerja jd ibu tanya dia nak mkn apa trus order panda saja Hihihi

    BalasPadam
  9. wowww wowww.. salute betul lah dengan Cie. Lama betul pengalaman dalam bidang F&B.
    Kerjaya sekarang lebih baik dan terjamin. Alhamdulillah.
    ehh.. patut kita sama² alumni UUM 😊

    BalasPadam
  10. Betul.. kita pernah kerja KFC setahun masa menunggu jawapan dari uni.. 7 bulan jugak la kerja. Mmg KFC ada standart dia.. makanan dalam island tu tak leh lama2 ada jangka hayat. tu yg kdg2 bila nak buang kita amik makan time lunch hihii..

    BalasPadam
  11. Banyak pengalaman Cie, seronok baca. Mahal semua kenangan dan pengalaman ni kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.