Shopping Apa Di SOGO Dan Jalan TAR
Jumaat baru ni Cie check in di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118 dan hari Sabtu check out. Keluar dari hotel dalam pukul 11.30am. Masih awal kalau nak gerak balik. Cie pun ajak husband ke Sogo dan Jalan TAR dah alang-alang dekat je dah.
Kami pun terus menuju ke Sogo. Parking dalam Sogo je. Niat dihati nak la cari baju anak-anak dan baju Cie. Tawaf 1 level pakaian wanita tu takde pun yang berkenan di hati. Masa tu dah frust terus la ajak husband ke Jalan TAR pulak nak beli tudung sekolah kakak kat Pusat Pakaian Hari Hari Jalan TAR.
Dapat la sehelai tudung sekolah kakak warna hitam. Hari tu sebelum buka sekolah beli 1 je. Ingatkan jarang pakai tudung hitam. Rupanya sehari je pakai uniform sekolah. Selebihnya pakai baju PJ kena pakai tudung hitam 2 lapis.
Sempat la masuk lorong-lorong jual tudung bawal tu. Semua mahal dah kalau yang ada batu. Siap claim bawal exclusive lagi. Harga RM30-45 tengok jenis bawal. Batu biasa je pun. Katanya kalau Cie ambil borong yang harga RM45 tu dia bagi RM35 10 helai la kena ambil.
Cie beli kat Shopee je murah sikit yang ada batu-batu tak sampai RM30 pun Cie beli raya hari tu. So tak jadi la beli tudung kat Jalan TAR tu. Beli kat Shopee jela lagi berbaloi.
Cie beli inner tudung je RM5 murah la jugak Cie ambil 4 helai. Kalau kat Lipis harga RM10. Cie tak beli kat Shopee takut kain jenis tak sedap pakai. Beli kat seller yang buka meja kat pasar Jalan TAR tu je murah sikit.
Lepas dah takde apa nak dicari kat Jalan TAR tu kami ke Sogo semula. Nak cari makan pulak adik Rania dah lapar katanya. Tak kenyang-kenyang budak tu makan kat buffet hotel dah banyak. Kami terus naik ke level 6 sebab nak makan kat The Chicken Rice Shop.
Masuk je tak penuh pun meja. Banyak kosong. Kalau mall lain TCRS ni kena beratur kalau nak makan. Kat Sogo ni tenang je tak ramai orang. Terus masuk je dan cashier bagi QR untuk scan menu dan order.
TCRS ni memang kegemaran kami 4 beranak. Memang wajib order kerabu mangga. Kali ni cuba pai tee pulak. Wantan dan prawn takde pulak. Ingatkan anak-anak tak makan pai tee sebab ada sayur kan. Rupanya makan pulak. Katanya sedap. Next time boleh order lagi.
Lepas dah siap makan kenyang-kenyang Cie meneruskan misi nak beli luggage. Masa nak ke Jalan TAR nampak luggage ada promo. Cakap kat husband sebelum balik kang la beli. Dah settle makan apa semua dah takde apa nak dicari kami terus ke tempat offer luggage.
Tengok-tengok belek-belek beli la 1 harganya RM179 ada warranty body 5 tahun. Kalau pecah boleh tukar baru. Part je warranty setahun just tukar yang rosak je.
Dapat la jugak beli something takdela laki i perli nanti takde beli apa-apa beria nak ke Sogo. Kalau ikutkan nak tawaf lagi kat Jalan TAR tu nak cari baju anak-anak untuk pakai kenduri bulan 9 nanti. Tapi tu la husband Cie jenis tak macam Cie main redah berjalan.
Cie dulu masa belajar kat JB kalau nak balik Pahang mesti naik KL dulu. Pernah la jalan kaki dari Puduraya ke Masjid Jamek, ke Jalan TAR, ke Sogo tu. Selamber je jalan kaki. Dulu-dulu terminal bas kat Puduraya tu. Cie balik dari Johor turun KL dulu. Nanti dari KL ambil bas pulak ke Lipis. Jadinya dah biasa berjalan laju.
Husband tertinggal kat belakang. Anak-anak terpaksa follow sebab ibu laju. Hahahha. Cie suka stay Ideas Hotel kalau nak shopping kat Sogo. Nanti husband duk hotel kami 3 beranak pi shopping kat Sogo dan Jalan TAR. Cie nak tinggal anak-anak tapi mereka nak ikut. Jumaat hari tu survey jugak Ideas Hotel takde bilik yang available. Tu yang stay di Howard Johnson By Wyndham Kuala Lumpur 118.
Takpela next time pulak. Sekarang Lipis KL dekat je dah dalam 2 jam dah sampai. Tunggu nanti highway siap sepenuhnya lagi dekat. Exit kat kampung suami. Hampir dah nak siap tu.
Pukul 3 dah keluar dari Sogo. Nak gerak balik dah. Takde tempat nak pergi dah. Kalau ikutkan Cie nak je ke mana-mana mall lain pulak. Tapi macam dah petang. Malas nak balik lewat sangat. Singgah solat kat petrol pump je lepas tol Gombak.
Sampai rumah pukul 5 lebih. Hujan sepanjang perjalanan. Rupanya ribut kuat jugak petang tu. Mujur la takde apa-apa sepanjang perjalanan kami.
Sekarang kalau shopping dekat store pun kita akan bandingkan dengan shopping online. Kalau online lagi berbaloi kita beli online je. Cuma bab kain kadang kena rasa dulu kalau selesa baru membeli. Dalam tak ada barang nak dibeli, terus beli luggage juga tu. hihi..Ada juga hasilnya. Menu tu antara menu wajib pesan kalau makan di TCRS. Tapi saya jarang pesan nasi. Biasa pesan BBQ chicken noodles versi sup. Kerabu mangga dan pai tee tu memang sedaplah.
BalasPadamAkak perasan kebanyakkan baju wanita kat Sogo banyak yang kurang menarik...ikutkan nak beli kat situ je murah kan...sudahnya cari kat mall lain la..sedapnya TCRS, lama dah x makan kat situ...
BalasPadamLama betul tak ke Sogo. Dulu2 selalu ke sana sambil jumpa kawan kerja di Mara. Betul Lipis lagi dekat dengan KL.
BalasPadamwindu plak nak gi ronda2 sogo hehehhe zmn bujang, opis saya bangunan sebelah sogo jer
BalasPadamKita duduk tak jauh dri KL tapi ntah bila last pergi sogo dgn jalan tar .. bertahun lama nya dah hihi
BalasPadamOk la dpt beli luggage..Ade jgk hasil =D..Sy nak kena pegi jgk sogo ni sebab nak redeem point yg sy menang hari tu =D
BalasPadamAkk pula menu wajib dekat TCRS tu pie tee la..
BalasPadamNak travel ke Cie?
Tapi kan,pai tee skang macam tak umphh mcm dulu2...ntahlah,ke Linda je yang rase lain...
BalasPadamDah 4 tahun kat Selayang,tak masuk lagi sogo ..kikiki
Dah bertahun-tahun tak sampai Sogo dan Jalan TAR. Rupanya, beli online tudung lagi murah, ye.
BalasPadamLama juga tak ke Sogo ni.
BalasPadamMenggamit memori betul shopping kat sogo ni. Dulu masa sekolah selalu jugak shopping situ tine weekend, banyak barang2 sale. Sekarang lama dah tak gi sana
BalasPadamaaa bestnya shopping!
BalasPadamBestlah shopping.. terapi diri.
BalasPadamTCRS pun dah jadi kegemaran kami bila Wafi mulakan.